Skip to main content
Ferrero in Malaysia
Ferrero in Malaysia

Ferrero di Malaysia

Kami membawa kegembiraan kepada rantau ini sejak tahun 2015.

Di Ferrero, kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada komuniti Malaysia yang berbilang kaum dan penuh warna warni. Sejak memasuki pasaran pada tahun 2015, kami telah membina hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan rakan Kongsi, pembekal dan keluarga tempatan yang berpandukan komitment bersama terhadap kualiti, penghormatan dan integriti.

Hari ini, rakyat Malaysia menikmati jenama-jenama kesayangan Ferrero seperti Nutella®, Ferrero Rocher®, Kinder®, and Tic Tac®- semuanya dihasilkan dengan teliti menggunakan ramuan yang berkualiti tinggi untuk mencipta detik-detik kegembiraan dalam kehidupan seharian.

nutella B-ready

Pematuhan Halal yang Dipercayai

Semua produk Ferrero yang dijual di Malaysia diperakui halal oleh National Independent Halaal Trust (NIHT) – sebuah badan bertaraf global yang berpusat di Afrika Selatan serta diiktiraf secara rasmi oleh JAKIM.

Proses pensijilan NIHT memastikan pematuhan sepenuhnya di sepanjang rantaian bekalan kami. Ini mencerminkan komitmen kami untuk mengekalkan semangat halal bagi keluarga di Malaysia, memastikan kepercayaan dan ketelusan dalam setiap produk.

cocoa

Komitmen Terhadap Sumber yang Bertanggungjawab

Di Ferrero, kami menitikberatkan pemilihan ramuan yang berkualiti tinggi daripada pembekal yang bertanggungjawab dan mampan di seluruh dunia. Strategi perolehan global kami dibina atas prinsip ketelusan, kebolehkesanan, dan kerjasama jangka panjang yang mengukuhkan ekonomi tempatan sambil mengekalkan piawaian alam sekitar dan etika.

Tahukah Anda? Bahan Mentah di Sebalik Produk Kegemaran Anda

Setiap produk Ferrero dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dan diperoleh dari Kawasan serantau yang berkongsi komitmen kami terhadap kualiti dan kelestarian:

  • Minyak Sawit: Lebih 70% minyak sawit kami berasal dari Malaysia. Teras strategi Ferrero adalah komitmen terhadap minyak sawit yang bertanggungjawab – kami hanya mendapatkan minyak sawit yang 100% diperakui RSPO Segregated (SG)  dan boleh dijejak sepenuhnya hingga ke ladang asal

[Ketahui lebih lanjut tentang Amalan Lestari Minyak Sawit kami di Malaysia]

  • Koko: 100% koko dalam produk kami diperoleh melalui piawaian kemampanan yang diuruskan secara bebas seperti Rainforest Alliance, Cocoa Horizons atau Fairtrade Foundation. Selain itu, biji koko kami boleh dijejak secara fizikal sehingga ke ladang, membantu kami untuk menyokong petani dan komuniti tempatan secara lebih bersasar, seiring dengan komitmen dalam Piagam Koko Ferrero.
  • Kacang Hazel: Kami menyasarkan untuk mencapai jejak rantaian bekalan kacang hazel yang menyeluruh. Untuk ini, kami bekerjasama dengan Sourcemap, penyedia utama dalam pemetaan rantaian bekalan dan penyelesaian ketelusan digital. Bersama-sama, kami membangunkan platform pengesanan global untuk menjejak kacang hazel dari ladang hingga ke kilang.
     
innovation

Pusat Inovasi Serantau

Pusat Inovasi kami di Singapura berfungsi sebagai hab serantau untuk pembangunan produk, pemahaman pengguna, serta Penyelidikan & Pembangunan (P&P). Ia memainkan peranan penting dalam membantu kami memahami dengan lebih baik perubahan pilihan pengguna di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Dengan menggabungkan pemahaman serantau dengan kepakaran global, kami terus membawakan jenama-jenama yang digemari rakyat Malaysia, dengan tumpuan kepada inovasi, kualiti dan penjagaan.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.