PROGRAM KINDER JOY OF MOVING KAMI
Kinder Joy of Moving merupakan projek Tanggungjawab Sosial Ferrero Group yang mendekatkan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan aktiviti fizikal.
MEMBAWA KEGEMBIRAAN PERGERAKAN KE DALAM KEHIDUPAN SETIAP KANAK-KANAK
Kinder Joy of moving ialah projek Tanggungjawab Sosial Ferrero Group yang menggalakkan kecenderungan semula jadi kanak-kanak untuk menjadi aktif, bergerak dan bermain, dengan kepercayaan bahawa sikap positif terhadap pergerakan boleh menjadikan kanak-kanak hari ini insan dewasa yang lebih baik pada masa hadapan.
Projek ini diinspirasikan oleh kaedah pendidikan Joy of Moving yang telah disahkan secara saintifik – ia membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran asas untuk membesar secara aktif dan ceria melalui permainan dan pergerakan.
Kinder Joy of Moving menganjurkan dan menyokong program pendidikan jasmani di dalam dan luar sekolah, serta acara sukan untuk kanak-kanak dan pertandingan peringkat sekolah. Ia juga menjalankan acara pelbagai disiplin untuk mendekatkan kanak-kanak dengan sukan, bekerjasama dengan atlet dan bekas juara untuk memberi inspirasi kepada generasi muda, serta menyokong projek penyelidikan yang memberi tumpuan kepada manfaat gaya hidup aktif.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, Kinder Joy of Moving terus berkembang dengan fokus untuk menambah baik program sedia ada dan memperluas inisiatif yang ditawarkan. Kinder Joy of Moving turut meraikan ulang tahun ke-20, selepas dua dekad memupuk kesejahteraan kanak-kanak melalui aktiviti fizikal. Sepanjang tempoh tersebut, inisiatif di bawah program ini telah melibatkan lebih 60 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Pada tahun 2025 sahaja, program ini telah memberi impak kepada lebih daripada 4.9 juta kanak-kanak di 35 negara, dengan sokongan rangkaian kira-kira 130 rakan kerjasama pakar dari sektor awam dan swasta, termasuk institusi, kementerian, universiti, syarikat dan organisasi swasta, Olympic Committee, Sporting Federations dan ISF di seluruh dunia untuk menjadi lebih aktif, menikmati pergerakan, dan membangunkan kemahiran hidup secara menyeronokkan dan penuh keriangan.
Membesar secara aktif, membesar dengan gembira
Kinder Joy of moving kini semakin relevan dalam kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi pelbagai projek yang mempunyai nilai pendidikan dan sosial yang tinggi – semuanya direka untuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti sukan.
Projek ini juga menyasarkan golongan keluarga dan dunia persekolahan – dua persekitaran penting di mana kanak-kanak dan remaja belajar dan membesar melalui pergerakan dan permainan. Acara Kinder Joy of moving didedikasikan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga mereka, manakala guru dan pendidik boleh memanfaatkan peralatan teknikal dan program pendidikan khusus yang disediakan.
Kinder Joy of moving turut bekerjasama rapat dengan keluarga, kerana merekalah teras utama dalam fungsi pendidikan. Sebuah platform telah diwujudkan khusus untuk keluarga – menawarkan permainan fizikal yang menyeronokkan dan diiktiraf secara saintifik – bagi menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak di rumah dan semasa waktu bermain.
Komitmen Ferrero kepada Komuniti Setempat
Sumbangan kami kepada komuniti setempat menerusi program tanggungjawab sosial Kinder Joy of moving merupakan contoh sokongan berterusan kami terhadap kawasan di mana kami beroperasi, sejajar dengan prinsip dan nilai kami.
Kinder Joy of moving beroperasi di seluruh dunia bersama rakan kongsi yang berprofil tinggi, berkelayakan dan berpengalaman – termasuk Persekutuan dan Persatuan Sukan, Jawatankuasa Olimpik dan ISF (Persekutuan Sukan Sekolah Antarabangsa).
Program ini juga bekerjasama dengan institusi, universiti dan kementerian, dan di sesetengah negara, ia menawarkan projek khusus yang menggabungkan metodologi Joy of moving ke dalam kurikulum sekolah.
Kami turut bekerjasama dengan syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkongsi nilai dan matlamat yang sama. Usaha ini menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya matlamat ke-4 dan ke-17.
Sebagai contoh, kami bekerjasama dengan NGO Save the Children di Amerika Syarikat, Itali dan Kanada untuk menyokong keluarga yang kurang bernasib baik – memastikan hak kanak-kanak untuk bermain, mendapatkan pendidikan dan membesar dalam persekitaran yang selamat menerusi inisiatif yang memfokuskan kepada pergerakan, pendidikan dan kesejahteraan.
Kami juga membawa program ini ke atas kapal persiaran Costa Cruises, yang menglibatkan ribuan kanak-kanak dari seluruh dunia setiap tahun menerusi kawasan yang direka khusus untuk aktiviti bermain dan pergerakan berasaskan kaedah Joy of moving.
Kinder Joy of moving Park pula merupakan taman generasi baharu yang ditujukan untuk keluarga di Vicolungo The Style Outlets di Itali. Taman ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh atau meningkatkan pelbagai kemahiran melalui aktiviti menyeronokkan dalam persekitaran yang menggalakkan pembelajaran.
JOY OF MOVING: KAEDAH PENDIDIKAN YANG INOVATIF DAN DIAKUI SECARA SAINTIFIK
MASIH BANYAK YANG BOLEH DIKETAHUI