Skip to main content
Responsible Marketing
Responsible Marketing

Pemasaran Bertanggungjawab

Kami ingin memastikan komunikasi pemasaran kami membantu pengguna membuat pilihan yang tepat tentang produk makanan yang mereka beli dan nikmati.

PEMASARAN DAN PENGIKLANAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
Komitmen Kami

Di Ferrero, kami komited menyokong pengguna dalam membuat pilihan yang bertanggungjawab berkaitan makanan dan minuman yang mereka ambil, dengan mematuhi piawaian komunikasi pemasaran yang ketat – sering kali melebihi keperluan perundangan.

Kami juga sangat tegas dalam hal pemasaran kepada kanak-kanak. Prinsip Pengiklanan dan Pemasaran Ferrero menetapkan dengan jelas bahawa kami tidak menyasarkan komunikasi pemasaran kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Selain itu, kami memastikan pematuhan yang tinggi melalui panduan dan latihan dalaman kepada para pekerja kami.

Pendekatan Kami

Kami percaya bahawa pengawalseliaan kendiri yang berkesan – yang menyediakan maklumat yang jujur dan tepat – adalah demi kepentingan pengguna. Oleh itu, kami mematuhi beberapa komitmen sukarela selain piawaian dan peraturan tempatan.

Dalam semua komunikasi pemasaran kami, kami mengikut Kerangka Kerja untuk Komunikasi Pemasaran Makanan dan Minuman yang Bertanggungjawab yang diterbitkan oleh International Chamber of Commerce. Kami turut mengikuti Dasar Pemasaran Bertanggungjawab Global oleh International Food & Beverage Alliance (IFBA), di mana Ferrero merupakan ahli pengasasnya. Selain itu, kami juga merupakan ahli kepada World Federation of Advertisers (WFA) yang mempromosikan amalan pengiklanan yang bertanggungjawab di peringkat antarabangsa.

Kami mengiktiraf keperluan untuk menguatkuasakan komitmen sukarela ini. Oleh itu, kami turut serta dalam pemantauan luaran bagi menilai tahap pematuhan kami terhadap janji industri di peringkat negara, serantau dan global. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, iklan kami akan diperbetulkan.

Pemasaran Bertanggungjawab kepada Kanak-kanak

Ferrero percaya bahawa ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak mereka mengenai pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat dan aktif. Oleh itu, semua komunikasi pemasaran dan pengiklanan kami disasarkan kepada golongan dewasa yang membuat keputusan pembelian, serta kepada remaja berusia 13 tahun ke atas, dari segi kandungan dan penempatan media – melainkan piawaian tempatan menetapkan had umur yang lebih tinggi.
 

Mengukur Pematuhan Kami

Pematuhan kami terhadap inisiatif pemasaran bertanggungjawab kepada kanak-kanak dipantau setiap tahun oleh organisasi bebas. Contohnya, Ebiquity menilai pengiklanan televisyen kami, manakala European Advertising Standards Alliance (EASA) menilai laman web jenama, saluran media sosial dan kandungan pemasaran melalui pempengaruh. Kadar pematuhan kami boleh dirujuk dalam Laporan Kemampanan terkini kami.

Prinsip Pemasaran Bertanggungjawab

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.