Cocoa
CARA KAMI MEMPEROLEH KOKO
Produk kami tidak lengkap tanpa keunikan rasa koko yang kaya. Selain memastikan koko memenuhi piawaian kualiti kami, kami memperoleh koko melalui rantaian bekalan yang mencerminkan hasrat kami untuk mewujudkan industri koko yang memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Di Ferrero, 100% koko yang digunakan dalam produk kami diperoleh daripada piawaian lestari yang diurus secara bebas seperti Rainforest Alliance, Cocoa Horizons, dan Fairtrade Foundation. Selain itu, biji koko kami boleh dijejaki sehingga ke ladang asal, membolehkan kami memberi sokongan khusus kepada petani dan komuniti setempat, sejajar dengan komitmen dalam Piagam Koko Ferrero.
Menyokong Petani Koko
Koko bernilai tinggi kami diperoleh daripada petani koko di seluruh dunia, terutama dari Côte d'Ivoire dan Ghana yang menyumbang 65% daripada pengeluaran koko global, serta disokong oleh negara-negara seperti Nigeria, Cameroon, Ecuador, dan Colombia. Ramai petani menghadapi cabaran ekonomi, sosial dan alam sekitar yang kompleks. Daripada dua juta petani kecil koko, terutamanya di Afrika Barat, kebanyakan mereka hidup dalam kemiskinan — salah satu punca utama adalah masalah sistemik seperti buruh kanak-kanak, buruh paksa, dan penebangan hutan.
Di Ferrero, kami berusaha untuk membantu petani meningkatkan kehidupan mereka.
Kami menyokong petani mengamalkan kaedah pertanian lestari untuk memperbaiki teknik penanaman koko. Selain itu, kami membantu mereka mempelbagaikan sumber pendapatan bagi meningkatkan kesejahteraan petani, komuniti, dan golongan yang memerlukan.
Ecuador
Ghana
Keputusan Utama
- 100% koko kami diperoleh melalui piawaian kemampanan yang diurus secara bebas seperti Rainforest Alliance, Cocoa Horizons, Fairtrade dan lain-lain.
- Kami telah membina dan membaik pulih 133 buah sekolah serta 105 kantin sekolah.
- Semua kumpulan petani koko yang bekerjasama dengan Ferrero dilindungi oleh Sistem Pemantauan dan Pemulihan Buruh Kanak-kanak (CLMRS) atau sistem setara, yang bertugas mengesan dan menangani isu buruh kanak-kanak.
- Kami menggunakan teknologi untuk memetakan ladang serta kawasan sumber koko, supaya dapat mengenal pasti lokasi, keluasan dan tahap pengeluarannya.
- Sebanyak 9.6 juta pokok koko telah kami agihkan kepada para petani.
- Hampir satu pertiga daripada petani koko kami menerima bimbingan secara individu bagi perancangan ladang dan perniagaan mereka.
- Kami telah membantu lebih 40,000 orang meningkatkan pendapatan melalui aktiviti seperti pembuatan sabun, penternakan lebah, dan penternakan ayam.
Sejak 2008, Ferrero telah menjadi ahli International Cocoa Initiative (ICI) yang bertujuan untuk memastikan masa depan kanak-kanak yang baik serta memajukan usaha penghapusan buruh kanak-kanak di Côte d'Ivoire dan Ghana. Kami juga bekerjasama dengan Child Learning and Education Facility (CLEF) yang menggabungkan kerajaan Ivory Coast, syarikat dan yayasan untuk memberikan akses pendidikan kepada lebih enam juta kanak-kanak di komuniti penanam koko di Côte d'Ivoire. Selain itu, kami juga ahli World Cocoa Foundation (WCF).
Melindungi hak kanak-kanak
Ferrero mengutamakan hak asasi manusia di seluruh rantaian bekalan global kami dan berusaha membanteras buruh kanak-kanak. Kami menyokong kanak-kanak daripada keluarga komuniti pengeluar koko dengan menyediakan akses kepada pendidikan, berikan nutrisi yang baik, dan air minuman bersih. Strategi menyeluruh kami merangkumi aktiviti di peringkat isi rumah, daerah, wilayah, dan negara. Untuk mencapai matlamat ini, kami menjalinkan kerjasama strategik dengan NGO Save the Children, yang diperbaharui pada 2021. Kerjasama ini memberi manfaat kepada 90,000 kanak-kanak dan dewasa di 65 komuniti pengeluar koko di Côte d'Ivoire sepanjang tempoh lima tahun.
Memandangkan peranan penting wanita dalam membawa perubahan ekonomi, alam sekitar dan sosial serta memastikan perlindungan kanak-kanak, aktiviti kami menumpukan kepada pemberdayaan wanita. Kami juga memberi kesedaran kepada petani tentang hak kanak-kanak dan melaksanakan sistem yang direka untuk mengenal pasti dan menangani kes buruh kanak-kanak, dikenali sebagai CLMRS (Sistem Pemantauan dan Pembetulan Buruh Kanak-Kanak).
“Isu buruh kanak-kanak amat serius di Afrika Barat, puncanya ialah dari kemiskinan serta kekurangan pendidikan dan kesedaran. Hanya dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama, kita boleh menjadikan perlindungan kanak-kanak, akses kepada pendidikan berkualiti, serta pemberdayaan golongan remaja dan belia sebagai asas penting untuk pembangunan komuniti. Kami sangat gembira untuk dapat bekerjasama dengan Ferrero dan menyokong usaha mereka bagi memastikan rantaian bekalan koko adalah adil dan lestari, dan dengan sokongan oleh pihak berkaitan. Melalui usaha ini, ribuan kanak-kanak akan mendapat peningkatan yang ketara dalam kehidupan mereka.”
— Daniela Fatarella, Ketua Pegawai Eksekutif Save the Children Italy
Mengakhiri penebang hutan dalam sekto koko
Ferrero komited untuk memastikan koko yang kami gunakan tidak berasal dari kawasan lindungan dan tidak menyumbang kepada penebangan hutan.
Sebagai salah satu ahli pengasas Inisiatif Koko & Hutan (Cocoa & Forests Initiative - CFI), kami bekerjasama dengan syarikat koko dan coklat terkemuka di peringkat global serta kerajaan Côte d'Ivoire dan Ghana untuk mengakhiri penebangan hutan dan kemerosotan hutan dalam rantaian bekalan koko dunia. Anda boleh membaca kemajuan kami dalam laporan tahunan Inisiatif Koko & Hutan.
Ferrero telah berusaha selama bertahun-tahun untuk mencapai tahap kebolehsanan dan keterlihatan yang tinggi dalam rantaian bekalan kami. Kami menggunakan teknologi untuk memetakan ladang dan kawasan sumber supaya kami mengetahui lokasi, saiz dan produktiviti, serta memastikan ladang-ladang tersebut tidak terletak di kawasan lindungan.
Selain itu, kami melaksanakan pelbagai langkah yang menyumbang kepada perlindungan alam sekitar dan biodiversiti serta mengurangkan kesan perubahan iklim. Contohnya, kami melatih petani koko dalam amalan pertanian yang baik serta menyokong pengagihan dan penanaman pokok pelbagai guna dan pembangunan sistem agroforestri.
Bagi meningkatkan ketelusan, kami secara tahunan mendedahkan senarai pembekal dan kumpulan petani khusus yang menjadi sumber kami.
THERE IS STILL
A LOT TO DISCOVER