Minyak Sawit
Minyak Sawit Kami
Mendapatkan minyak sawit secara lestari adalah aspek penting dalam pendekatan kami yang menekankan sumber yang bertanggungjawab.
Minyak sawit telah menjadi sebahagian daripada pemakanan manusia sejak ribuan tahun lalu, dan digunakan secara meluas kerana membantu memberikan kualiti, tekstur dan kestabilan kepada pelbagai produk. Namun, jika tidak diperoleh secara bertanggungjawab, pengeluaran minyak sawit boleh menyumbang kepada penyahhutanan dan kehilangan biodiversiti, khususnya di kawasan yang mempunyai kepentingan ekologi dan budaya yang tinggi. Atas sebab itu, Ferrero telah mengambil pendirian yang jelas bahawa minyak sawit perlu diperoleh secara bertanggungjawab sejak awal bagi memastikan kepentingan manusia dan alam sekitar sentiasa terpelihara. Lebih 40 negara menghasilkan minyak sawit, dengan Malaysia dan Indonesia menyumbang sekitar 85% daripada pengeluaran global.
Salah satu cabaran dalam mendapatkan minyak sawit ialah apabila ia tidak diperoleh secara lestari, kaedah penuaian boleh memberi kesan negatif kepada pemeliharaan biodiversiti. Minyak sawit yang tidak lestari boleh menyumbang secara signifikan kepada perubahan penggunaan tanah, termasuk penggunaan bahan kimia di hutan tropika dan habitat yang kaya dengan spesies, yang menyebabkan penebangan hutan. Isu sosial juga terlibat, termasuk kesukaran menjejaki sumber minyak sawit . Selain itu, hak tanah komuniti pribumi sering tidak diiktiraf, dan pembukaan tanah oleh syarikat kelapa sawit boleh menyebabkan penempatan semula petani luar bandar.
Pendekatan Ferrero dalam memperoleh minyak sawit secara bertanggungjawab telah menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak, termasuk World Wildlife Fund (WWF). Dalam Palm Oil Buyers Scorecard, WWF telah mengetengahkan penggunaan minyak sawit Ferrero yang diperakui RSPO bagi kategori Segregated secara menyeluruh, serta tahap kebolehkesanan yang kukuh sepanjang rantaian bekalan kami.
Sumber kami yang unik berasaskan prinsip-prinsip berikut
- Memperoleh minyak sawit terasing yang diperakui RSPO untuk produk Ferrero daripada sebilangan kecil pembekal yang boleh dipercayai, membolehkan kami menjejak semula minyak sawit kami hingga ke peringkat ladang sambil bekerjasama dengan pembekal untuk melaksanakan penambahbaikan dan penyelesaian.
- Menggunakan teknologi satelit Starling untuk memantau risiko penyahhutanan di semua kawasan kami memperoleh bahan mentah (meliputi lebih 2 juta hektar tanah).
- Piagam Minyak Sawit dan Kod Pembekal kami menetapkan piawaian dan syarat ketat untuk memastikan minyak sawit yang diperoleh adalah bertanggungjawab.
- Kami secara terbuka mendedahkan rantaian bekalan minyak sawit bagi jenama Ferrero yang sudah kukuh serta produk yang kami peroleh.
- Minyak sawit yang kami peroleh boleh dijejak sehingga ke ladang, dengan 95% adalah minyak sawit RSPO yang disahkan secara berasingan, dan 98.6% daripadanya dapat dikesan dengan tepat ke ladang-ladang tersebut. Ini termasuk jenama seperti Thorntons, Fannie May, FMC (bekas perniagaan konfeksi Nestlé US), ICFC, Eat Natural, dan bekas Kellogg’s.
Seiring dengan usaha kami untuk terus memperbaiki dan memperbaharui cara mendapatkan sumber melalui kolaborasi rapat dengan pihak berkepentingan di setiap peringkat, kami mengemas kini Piagam Minyak Sawit kami. Piagam ini menggambarkan hasrat kami untuk mewujudkan industri minyak sawit yang memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar, dengan melangkaui piawaian pensijilan yang sedia ada. Kami berusaha mencapai matlamat ini melalui pendekatan bertanggungjawab dalam mendapatkan minyak sawit, yang membantu pekebun kecil dan komuniti pertanian untuk terus maju dan berkembang.
Untuk mendapatkan pensijilan RSPO, pekebun minyak sawit perlu mematuhi tujuh prinsip berikut
(RSPO Prinsip dan Kriteria, kemas kini 2024)
- Bertindak secara telus, beretika, dan bertanggungjawab
- Beroperasi secara sah dari segi undang-undang dan dengan penuh akauntibiliti
- Mengoptimumkan produktiviti, memastikan kebolehkesanan dan mewujudkan impak positif
- Menghormati komuniti dan hak asasi manusia, serta membawa manfaat kepada masyarakat
- Menyokong dan menyediakan peluang untuk kemasukan pekebun kecil
- Menghormati hak pekerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang baik
- Melindungi, memelihara dan meperkukuh ekosistem melalui pengurusan alam sekitar secara bertanggungjawab
“Kami menyambut baik Piagam Minyak Sawit Ferrero kerana ia bukan sahaja membina kejayaan pelaksanaan komitmen sebelum ini dengan mengubah kata-kata menjadi tindakan, tetapi juga menunjukkan komitmen Ferrero dalam memacu kecemerlangan alam sekitar dan sosial berasaskan nilai teras yang kukuh serta perubahan jangka panjang. Akhir sekali, Piagam ini dijangka memberi inspirasi kepada syarikat lain untuk meningkatkan standard mereka, kerana kerjasama dan tindakan bersama tetap penting untuk memperluaskan impak melebihi rantaian bekalan sesebuah syarikat.”
Bastien Sachet, Ketua Pegawai Eksekutif Earthworm Foundation.
Hak Asasi Manusia dan Amalan Sosial, Perlindungan Alam Sekitar dan Ketelusan Pembekal
Tiga prinsip utama ini berasaskan proses ketekunan wajar yang melibatkan semua pembekal Ferrero dan dilaksanakan berpandu Rangka Kerja Nilai Pertanian Ferrero (FFV):
- Ferrero komited untuk memperbaiki keadaan kerja dan kehidupan serta memastikan pengambilan pekerja yang adil sepanjang rantaian nilai.
- Ferrero secara aktif memantau dan mengesahkan melalui satelit bahawa rantaian nilainya bebas daripada penebangan hutan.
- Ferrero mencapai rantaian nilai yang sepenuhnya telus dengan penjejakan penuh sehingga ke ladang, penerbitan senarai kilang dan ladang, Pelan Tindakan berjangka masa, serta Laporan Kemajuan.
Minyak Sawit Ferrero
RSPO-Certified
Majlis Bulat Meja Minyak Sawit Mampan (RSPO) ttelah menetapkan kriteria alam sekitar dan sosial yang perlu dipatuhi oleh syarikat untuk menghasilkan Minyak Sawit Mampan Diperakui RSPO (CSPO). Kriteria ini merangkumi pelbagai aspek pengeluaran minyak sawit secara bertanggungjawab, termasuk pematuhan undang-undang, perlindungan alam sekitar serta penghormatan terhadap hak asasi manusia dan hak pekerja.
Usaha kami diiktiraf oleh WWF
Skor Kad Pembeli Minyak Sawit WWF 2024 yang menilai syarikat-syarikat global dari segi sokongan mereka terhadap minyak sawit lestari, menempatkan Ferrero di tangga ketiga daripada 227 syarikat. Dengan skor 21.7 daripada 24, Ferrero diiktiraf sebagai peneraju dalam industri yang merangkumi peruncit global utama, pengeluar barangan pengguna, dan syarikat perkhidmatan makanan.
Ferrero amat dihargai atas usaha menangani isu penebangan hutan di kawasan tropika serta ketelusan rantaian bekalannya. Pencapaian ini merupakan pengiktirafan besar terhadap usaha kami dalam mendapatkan minyak sawit secara bertanggungjawab dan menjadi dorongan kuat untuk terus maju dalam perjalanan ini.
MASIH BANYAK YANG BOLEH DIKETAHUI