Skip to main content

Bahan Utama Lain

Kami mendapatkan bahan-bahan terbaik sambil menjaga kebajikan manusia dan kelestarian bumi.

Produk kami dihasilkan dengan penuh perhatian dari awal hingga akhir. Kami mengutamakan kecemerlangan sepanjang rantaian bekalan, dengan fokus kepada aspek sosial, alam sekitar, dan kesejahteraan haiwan bagi bahan-bahan yang menjadi asas produk kami.

Other Key Ingredients
Other Key Ingredients
Dairy
Tenusu

Tenusu

Dalam Piagam Tenusu Ferrero kami, kami jelaskan bagaimana kami bekerjasama dengan pembekal untuk menyokong industri tenusu yang baik demi manfaat manusia, haiwan, dan alam sekitar.
Komitmen kami merangkumi perkara berikut:

  1. Melalui Program Nilai Pertanian Ferrero untuk tenusu, kami membina dan memupuk hubungan jangka panjang dengan pembekal tenusu terpilih yang mematuhi piawaian ketat kami dari segi kualiti dan keselamatan makanan.
  2. Kami melangkaui keperluan undang-undang yang ditetapkan bagi pengambilan tenusu bertanggungjawab, dengan menetapkan aspirasi menyokong industri tenusu menerusi Piagam Tenusu Ferrero.
  3. Kami bekerjasama dengan Food Animal Initiative (FAI) serta pembekal tenusu.

Telur

Kami komited untuk mendapatkan bekalan telur secara bertanggungjawab dengan mengutamakan kebajikan haiwan. Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan rantaian bekalan telur bebas sangkar yang stabil, mematuhi piawaian dan berdaya tahan. Rantaian bekalan telur kami juga diurus secara bersepadu dengan membolehkan pembekal mengawal keseluruhan kitaran pemeliharaan ayam ternakan, termasuk formulasi makanan yang diberikan.​

​
Sumber bekalan telur kami datang dari Kesatuan Eropah, Türkiye, Mexico dan Amerika Syarikat.​
​

Pada 2024, kami menerima Global Good Egg Award daripada Compassion in World Farming sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian penggunaan 100% telur bebas sangkar di Eropah sejak 2014, serta komitmen kami dalam usaha memperoleh 100% produk telur tanpa sangkar di seluruh dunia.​

​
Komitmen & Inisiatif Kami​

  • Ferrero telah beralih sepenuhnya kepada penggunaan telur bebas sangkar di Kesatuan Eropah pada tahun 2014. Pencapaian ini menjadi antara langkah awal penting dalam usaha kami meningkatkan kebajikan haiwan​

  • Pada tahun kewangan 2024/25, 89% daripada produk telur yang kami gunakan di seluruh dunia diperoleh daripada sistem bebas sangkar yang berasal di Eropah. Sebanyak 7% lagi datang dari Mexico dan Türkiye, yang telah melengkapkan peralihan kepada sistem bebas sangkar menjelang Januari 2026. Baki 4% melibatkan operasi perniagaan di Amerika Syarikat yang sedang melalui proses integrasi, dengan perancangan jelas untuk beralih sepenuhnya kepada sumber telur bebas sangkar tahun 2028.​

  • Dengan kerjasama para pembekal, kami terus memperluas penggunaan telur bebas sangkar di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada komitmen kami mendapatkan bekalan telur secara bertanggungjawab.​

Gula

Ferrero memperoleh kira-kira 29% gula tebu yang telah diproses dan 71% gula bit. Kebanyakan gula bit kami diperoleh daripada pengeluar di Eropah, manakala gula tebu datang terutamanya dari Brazil, Guatemala, Mexico, dan Amerika Syarikat.

Ferrero menggunakan 100% gula tebu yang disahkan oleh Bonsucro dan telah menjalin hubungan kukuh serta dipercayai dengan koperasi dan pengeluar pertanian.

Ferrero telah menjadi ahli Bonsucro sejak tahun 2010 — sebuah organisasi bukan keuntungan global yang mempromosikan pengeluaran, pemprosesan dan perdagangan gula tebu secara lestari di seluruh dunia. Standard pengeluaran organisasi ini membantu mengurangkan impak alam sekitar dan sosial, termasuk pemeliharaan biodiversiti, ekosistem, hak asasi manusia, dan standard buruh.

Nicola Somenzi

“Ini adalah sesuatu yang sangat saya banggakan – kami mempunyai 400 pembeli yang semuanya bergerak ke arah yang sama, dengan peraturan pematuhan yang seragam, demi meningkatkan piawaian rantaian bekalan kami”
Nicola Somenzi, Ketua Perolehan Bertanggungjawab, Ferrero
 

PERKEMBANGAN UNTUK BAHAN MENTAH LAIN

Our coconut

Kelapa

Ferrero komited untuk membangunkan rantaian nilai kelapa yang lebih bertanggungjawab di peringkat industri. Kami mengikuti rangka kerja Piagam Kelapa dan turut menyertai Perkongsian Kelapa Lestari, sebuah inisiatif industri yang dilancarkan pada April 2023. Bersama-sama, kami berusaha mencari penyelesaian bagi mewujudkan sektor kelapa yang bertanggungjawab dan mampan, yang memberi manfaat kepada kehidupan petani, serta menjaga iklim dan alam sekitar.

Shea Butter

Mentega Shea

Mentega shea diproses daripada buah kacang shea dan digunakan untuk meningkatkan rasa serta tekstur produk kami. Pokok shea tumbuh secara liar dan hanya boleh ditemui di kawasan Sahel di Afrika Barat. Pokok ini penting bagi negara-negara di rantau tersebut kerana buahnya menyediakan sumber makanan dan pendapatan kepada penduduk di kawasan luar bandar, manakala kulit kayu, daun, getah dan akar digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Selain itu, pokok-pokok ini juga membantu mencegah proses gurun merebak.

Sebagai ahli Global Shea Alliance, kami menyokong pembangunan industri shea yang kompetitif dan lestari di seluruh dunia serta memperbaiki taraf hidup wanita luar bandar Afrika yang secara tradisional mengumpul buah shea, bersama komuniti mereka.

Shea Kernels

Bijian Shea: Projek Kolo Nafoso

Kami menyokong program Kolo Nafaso, iaitu sesuatu program penyumberan terus, yang memberi kuasa kepada wanita serta menggalakkan pengambilan biji shea secara bertanggungjawab. Program ini menyokong hampir 300,000 wanita di Burkina Faso, Ghana, dan Côte d'Ivoire melalui pinjaman mikro tanpa faedah, latihan serta akses kepada saluran jualan secara langsung.

Baca lanjut tentang sumber bahan mentah kami dalam laporan Kelestarian kami.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.