Skip to main content

Soalan Lazim (FAQ)

All
Syarikat Kami
Jenama Kami
Manusia dan Alam Sekitar
Kualiti

Sejarah Ferrero Group merangkumi tiga generasi.
Sejak tahun 1946, dua beradik Pietro dan Giovanni Ferrero bekerja bersama di kedai pastri kecil milik keluarga mereka di bandar Alba, Piedmont, untuk mencipta produk-produk yang akan membentuk nama Ferrero.

Hari ini, Ferrero Group merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia dengan lebih daripada 35 jenama kegemaran ramai seperti Kinder, Nutella, Ferrero Rocher dan Tic Tac.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Ferrero kekal sebagai perniagaan milik keluarga, dipimpin oleh Pengerusi Eksekutif kami Giovanni Ferrero, bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kami, Lapo Civiletti.

Ferrero dan syarikat gabungannya menggaji lebih daripada 47,000 pekerja yang terdiri daripada lebih 145 kewarganegaraan berbeza.
Operasi kami merangkumi lebih daripada 50 negara di lima benua, dan produk kami dijual di lebih daripada 170 negara.
Kami mengendalikan 37 loji pengeluaran di seluruh dunia.

Anda boleh mendapatkan maklumat perkhidmatan pengguna untuk kawasan anda dengan melayari halaman ini.

Anda boleh membeli manisan Ferrero yang lazat di seluruh dunia — di pasar raya, kedai serbaneka, dalam talian dan pelbagai lagi.
Untuk maklumat terkini, hubungi pasukan khidmat pelanggan di kawasan anda melalui halaman ini.

Ferrero Group memiliki beberapa manisan paling ikonik dan digemari di dunia, termasuk Nutella, Ferrero Rocher, Kinder dan Tic Tac. Kami juga berbangga memiliki jenama seperti Butterfinger, BabyRuth, Crunch, Fannie May dan Thorntons sebagai sebahagian daripada keluarga Ferrero.

Anda boleh melihat senarai penuh jenama kami di sini.

Produk kami dijual di lebih daripada 170 negara di seluruh dunia.

Komunikasi pemasaran dan pengiklanan kami hanya ditujukan kepada golongan dewasa. Kami tidak pernah mengiklan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, atau had umur yang lebih tinggi mengikut peraturan tempatan.

Sebagai ahli Perikatan Makanan dan Minuman Antarabangsa (International Food and Beverage Alliance), dasar kami selaras dengan Cadangan WHO mengenai Pemasaran kepada Kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Produk kami merupakan manisan dan, seperti semua makanan, boleh dinikmati secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Kami menumpukan kepada penghasilan manisan yang dibungkus secara individu supaya saiz hidangan lebih jelas, dan semua orang dapat menikmatinya secara bertanggungjawab.

Inisiatif seperti Kinder Joy of Moving juga menyokong kanak-kanak dan keluarga mereka untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan menggalakkan aktiviti fizikal demi kehidupan yang sihat.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Syarikat kami dibina oleh generasi yang berkongsi komitmen terhadap penambahbaikan berterusan — dan perkara yang sama diaplikasikan dalam pendekatan kami terhadap kemampanan. Kami selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan melaporkan aktiviti dan kemajuan kemampanan kami setiap tahun.

Aktiviti kami tertumpu kepada empat bidang utama: melindungi alam sekitar, menyokong sumber yang mampan, mempromosikan penggunaan yang bertanggungjawab, dan memperkasakan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Kami komited terhadap sifar penebangan hutan. Dalam pemerolehan minyak sawit kami, sebagai contoh, kami menggunakan pemantauan satelit, Starling, di seluruh rantaian bekalan kami, dengan kerjasama organisasi bukan untung Earthworm Foundation. Starling memantau perubahan liputan tanah dan gangguan hutan hampir secara masa nyata, supaya dengan kepakaran di lapangan, kami boleh mengenal pasti cabaran dengan cepat dan mendorong perubahan positif.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Kami merupakan peneraju industri yang diiktiraf dalam menyokong pengeluaran minyak sawit mampan, dan kami berhasrat untuk mendapatkan minyak sawit hanya daripada sumber yang bebas daripada penebangan hutan dan eksploitasi.

Kami berbangga menjadi pengeluar nombor 1 dalam Kad Skor Pembeli Minyak Sawit WWF 2021.

Baca lebih lanjut dalam artikel ini.

Koko adalah ramuan penting dalam manisan kami dan kami memastikan ia diperoleh melalui pensijilan kukuh serta piawaian kemampanan dan pemerolehan bertanggungjawab yang dikendalikan secara bebas.

Piagam Koko kami menggariskan komitmen kami terhadap kecemerlangan di sepanjang rantaian nilai, serta dedikasi kami untuk mewujudkan industri koko yang bermanfaat kepada manusia dan alam semula jadi.

Kami terlibat secara aktif dalam memastikan pengeluaran hazelnut lebih mampan dari segi sosial dan alam sekitar. Kami hanya mendapatkan hazelnut daripada pembekal yang telah menandatangani dan mematuhi Kod Pembekal kami yang ketat, yang menetapkan piawaian berkaitan hak asasi manusia, amalan sosial, perlindungan alam sekitar dan ketelusan pembekal.

Bahagian khas kami, Ferrero Hazelnut Company, menyatukan semua aktiviti berkaitan hazelnut kami di bawah satu bumbung untuk memacu kualiti dan inovasi.

Untuk maklumat lanjut, lihat Piagam Hazelnut kami.

 

Penghormatan kami terhadap hak asasi manusia membimbing strategi, dasar dan aktiviti kami di seluruh operasi serta rantaian bekalan.

Kami mempromosikan hak asasi manusia di sepanjang rantaian nilai, selaras dengan United Nations Global Compact, United Nations Guiding Principles of Business and Human Rights, International Bill of Human Rights, dan Konvensyen Asas Buruh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Kami komited untuk menghapuskan semua bentuk perhambaan moden, pemerdagangan manusia, buruh paksa, buruh tahanan dan buruh kanak-kanak di mana sahaja ia berlaku.

Untuk maklumat lanjut, lihat.

Pada tahun 2020, kami menetapkan beberapa sasaran karbon untuk dicapai menjelang 2030. Kami komited untuk:

Mengurangkan pelepasan mutlak Skop 1 dan 2 sebanyak 50% berbanding asas tahun 2018

Mengurangkan intensiti pelepasan Skop 1, 2 dan 3 sebanyak 43% daripada asas yang sama, dengan bekerjasama bersama pembekal kami untuk mencari penyelesaian

Kami telah meningkatkan penggunaan elektrik boleh diperbaharui kepada lebih 80% secara global, dan 100% di Eropah. Kami juga bekerjasama dengan semua loji pengeluaran kami untuk membangunkan pelan pengurangan pelepasan khusus.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Kami komited untuk terus berinovasi ke arah penyelesaian pembungkusan yang lebih mampan. Kini, lebih 83% pembungkusan kami boleh dikitar semula, digunakan semula atau dikompos, dan kami sedang berusaha untuk mencapai 100%.

Kami juga berdedikasi untuk:

Mereka bentuk 100% pembungkusan kami supaya boleh digunakan semula, dikitar semula atau dikompos

Mengurangkan penggunaan plastik dara sebanyak 10% berbanding asas tahun 2020

Meningkatkan kandungan bahan kitar semula dalam pembungkusan plastik kami kepada 12%

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

 

Kami sentiasa berusaha membina budaya yang pelbagai dan inklusif, di mana setiap pekerja berasa dialu-alukan, dihargai dan mempunyai peluang yang sama rata. Kami percaya ini adalah kunci kepada kejayaan masa depan kami.

Sebagai penandatangan Perikatan Jantina dan Kepelbagaian (GDKA), kami telah menetapkan tiga petunjuk prestasi utama:

  • Peratusan perwakilan di semua peringkat organisasi
  • Peratusan perwakilan mengikut kategori pekerja
  • Kesamarataan gaji

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Keselamatan makanan adalah perkara yang tidak boleh dirunding bagi kami. Sejak penubuhan kami, kami telah membangunkan dan melaksanakan prosedur inovatif untuk memantau kualiti dan keselamatan setiap ramuan di setiap peringkat. Kami komited untuk penambahbaikan berterusan – kami sentiasa menyemak dan menambah baik proses keselamatan makanan untuk memastikan ia sentiasa relevan dan berkesan.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Kami memohon maaf atas pengalaman anda. Yakinlah bahawa kami berusaha keras untuk hanya mengeluarkan produk berkualiti yang terbaik kepada pengguna kami. Untuk maklumat dan sokongan lanjut, sila hubungi pasukan perkhidmatan pengguna di rantau anda dengan melayari halaman ini.

Kami memohon maaf atas pengalaman anda. Sila hubungi pasukan perkhidmatan pengguna di rantau anda dengan melayari halaman ini.

Untuk maklumat terkini, sila hubungi pasukan perkhidmatan pengguna di rantau anda dengan melayari halaman ini.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.