Skip to main content
Packaging
Packaging

Pembungkusan

Kami bekerjasama dengan pihak lain untuk membangunkan pembungkusan produk kami dengan mencari penyelesaian yang lebih lestari dan bersifat kitaran.

Komitmen Kami

Sisa pembungkusan adalah salah satu cabaran terbesar yang dihadapi industri makanan dan minuman. Di Ferrero, kami yakin tiada pembungkusan yang sepatutnya berakhir sebagai sisa, justeru kami telah mengambil beberapa komitmen penting untuk menanganinya:

  1. Mereka bentuk lebih 90% daripada pembungkusan kami agar boleh dikitar semula, diguna semula, atau boleh dikompos.
  2. Mengurangkan penggunaan plastik dara sebanyak 10% berbanding dengan tahun asas 2020.
  3. Meningkatkan penggunaan kandungan kitar semula dalam pembungkusan plastik kami kepada 12%.

Kami telah membentangkan pelan hala tuju yang jelas untuk memenuhi komitmen ini, setelah menyelesaikan pemetaan menyeluruh terhadap bahan dan dasar pembungkusan.

Progres Kami

Cita-cita kami, dan cabaran terpenting dalam pembungkusan hari ini, adalah untuk meningkatkan kemampanan kitaran proses kami tanpa mengabaikan impak alam sekitar lain yang relevan. Sebanyak 90.7% daripada pembungkusan kami direka untuk boleh dikitar semula, dan kami menggunakan 40.5% bahan boleh diperbaharui dalam pembungkusan. Di samping itu, kami sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik dara sebanyak 10% (berbanding tahun asas 2020) dan meningkatkan penggunaan kandungan kitar semula pasca-pengguna dalam pembungkusan plastik kepada sasaran 12% untuk keseluruhan pembungkusan plastik.

Packaging
Kerjasama Kami

Merapatkan Jurang dalam Kemampanan Kitaran Pembungkusan

Berpandukan matlamat kami agar tiada pembungkusan kami berakhir sebagai sisa, kami menjalin kerjasama dengan rakan kongsi di seluruh rantaian nilai dalam bidang-bidang berikut:

  1. Memastikan ketersediaan penyelesaian bahan kitar semula yang inovatif di pasaran.
  2. Memastikan pengguna menerima arahan yang jelas tentang cara melupuskan sisa pembungkusan mereka.
  3. Melabur dalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menaik taraf teknologi pengasingan dan kitar semula sedia ada.

Kami berbangga menjadi rakan kongsi kepada: Ellen MacArthur Foundation, Consumer Goods Forum, Circular Plastics Alliance, Association of Plastics Recyclers, CEFLEX, RecyClass, 4evergreen, European Brands Association, Flexible Packaging Initiative, projek Holy Grail 2.0, Perfect Sorting Consortium, dan The Recycling Partnership.

KOMITMEN KAMI DALAM TINDAKAN

New Ferrero Rocher box
Kotak Rocher 24 Biji

Kurangkan Plastik 40%

Kotak Ferrero Rocher 24 biji merupakan antara kotak hadiah kami yang paling ikonik. Para pengguna di seluruh dunia menghargai reka bentuk lutsinar kotak ini yang menonjolkan pralin berbalut emas di dalamnya.

Kami telah melabur dalam peralatan moden untuk membolehkan pembungkusan ringan ini dikendalikan pada barisan automatik berkelajuan tinggi kami. Hasilnya, kami berjaya mencapai pengurangan plastik purata sebanyak 40% berbanding kotak polistirena sebelum ini . Apabila kotak baharu ini tersedia secara global, ia dijangka dapat menjimatkan lebih daripada 2,000 tan plastik. Setiap kotak 24 biji yang baharu ini membantu mengurangkan pelepasan karbon setara dengan jumlah karbon yang dijimatkan jika mentol LED dimatikan selama 82 jam.

Replacing plastic
Peggantian Plaztik

Sudu Kertas Baharu Kinder Joy

Sejak tahun 2022, kami telah menggantikan kira-kira 95% sudu plastik dalam telur Kinder Joy dengan sudu kertas berkualiti tinggi. Sudu kertas baharu ini diperbuat daripada kertas dara berkualiti tinggi yang diperoleh dari rantaian bekalan yang diperakui lestari. Sudu baharu ini juga dimeterai pada filem plastik menggunakan teknologi pemeteraian ultra-sonik, tanpa memerlukan bahan atau aditif. Apabila pelancaran ini selesai sepenuhnya, sudu kertas baharu ini dijangka akan mengurangkan jejak karbon sudu Kinder Joy sebanyak 45%, dengan pengurangan plastik melebihi 1,300 tan setahun berbanding sudu sedia ada.

Reuse pilot project
Projek Rintis Guna Semula

Nutella Bergabung dengan Tenaga dengan Loop dan Carrefour

Pada tahun 2020, Nutella telah bergabung tenaga dengan Loop—platform guna semula terkemuka—dan Carrefour untuk satu skema rintis guna semula di Paris, Perancis. Melalui skema baharu ini, pembeli dapat membeli balang Nutella yang direka khas dan boleh diguna semula dari 10 kedai rintis serta laman web Carrefour dengan membayar deposit. Carrefour kemudian akan mengumpul balang kosong untuk dicuci dan diguna semula.

Pasukan reka bentuk dalaman Ferrero bekerjasama rapat dengan pakar Loop untuk membangunkan balang rintis Nutella baharu ini, yang pertama seumpamanya, bagi memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk guna semula. Hasil kerjasama ini adalah balang yang direka khas yang tahan lasak, selamat, bersih, serta menampilkan label dan meterai yang dioptimumkan yang boleh ditanggalkan dengan mudah semasa kitaran pencucian.

packaging
MENGAPA KAMI MEMERLUKAN PEMBUNGKUSAN?

Pembungkusan memainkan peranan penting dalam melindungi dan memelihara produk untuk pengguna.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.