PROJEK KEUSAHAWANAN MICHELE FERRERO
Projek ini mencerminkan komitmen Ferrero untuk menyokong pertumbuhan mampan dan kesejahteraan komuniti di kawasan operasi fasiliti pengeluarannya.
Project Keusahawanan Michele Ferrero
Projek ini mencerminkan komitmen Ferrero untuk menyokong pertumbuhan mampan dan kesejahteraan komuniti di kawasan operasi fasiliti pengeluarannya. Sejak diperkenalkan pada 2005, projek ini memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan peluang pekerjaan, di samping menyokong inisiatif berkaitan kesihatan, pendidikan dan pembangunan sosial. Di Cameroon, Afrika Selatan dan India, pelbagai program telah dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada komuniti setempat, termasuk membangunkan kemudahan pendidikan dan kesihatan, memperkenalkan aktiviti sukan dan kesejahteraan untuk kanak-kanak, serta memperkukuh perkhidmatan penjagaan ibu dan anak di kawasan luar bandar.
Usaha ini telah memberi impak nyata kepada komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif, termasuk pembinaan pusat Anganwadi di India, sokongan terhadap pendidikan pelarian di Cameroon, serta kerja membaik pulih sekolah luar bandar di Afrika Selatan. Dengan mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan tanggungjawab sosial, Projek Keusahawanan Michele Ferrero adalah selaras dengan falsafah “Bekerja, Mencipta, Menderma” (Work, Create, Donate) yang menjadi pegangan syarikat, di samping menunjukkan komitmen berterusan Ferrero dalam memperkasa generasi masa depan.
MASIH BANYAK YANG BOLEH DIKETAHUI