Skip to main content
MobQuality&Safety
ProductQuality&Safety

Kualiti dan Keselamatan Produk

Komitmen kami terhadap kualiti, keselamatan dan integriti produk adalah teras kepada segala yang kami lakukan.

KUALITI ADALAH TERAS SEGALA YANG KAMI LAKUKAN

Ferrero Farming Values
Bahan-bahan Kami

‘Sacco conosciuto’ – ‘mengetahui isi kandungan beg’ – telah menjadi sebahagian daripada DNA syarikat sejak ia diasaskan.

Di Ferrero, kami berusaha untuk mengetahui setiap perincian tentang bahan-bahan kami – daripada kualiti dan ciri-cirinya, kepada asal-usulnya dan juga komuniti yang mengusahakannya. Ferrero telah membangunkan prosedur inovatif, seperti konsep “sacco conosciuto”, bagi memastikan pemantauan terhadap bahan-bahan dilakukan pada setiap peringkat. Ia merangkumi satu siri proses yang melibatkan pakar makanan kami dalam pemeriksaan dan analisis berkala terhadap keselamatan, rasa dan tekstur, pemeriksaan pembekal serta prosedur keselamatan makanan untuk memastikan tahap kawalan kualiti yang tinggi ke atas bahan mentah.

Komitmen untuk mengetahui setiap perincian mengenai bahan mentah ini telah menjadi asas kepada syarikat sejak ditubuhkan pada tahun 1946. Diterjemahkan secara literal sebagai “beg yang diketahui”, penekanan terhadap kualiti bahan segar yang dipilih dan diperoleh dengan teliti daripada pembekal dan petani terpilih ini terus menjadi asas kepada komitmen dan keprihatinan kami dalam memastikan kualiti bahan pada setiap peringkat.

MANUFACTURING
PENGILANGAN

Dasar Menyeluruh Kualiti dan Keselamatan Makanan

Di Ferrero, kami sentiasa mempertingkatkan standard pengeluaran bagi memastikan tahap keselamatan makanan dan kualiti tertinggi dilaksanakan, sambil mengekalkan kesegaran dan rasa setiap produk. Kami secara berterusan menambah teknologi inovatif dalam proses pengeluaran dan memperhalusi kerjasama antara pasukan dan mesin.

Kesemua 37 kilang pembuatan kami di seluruh dunia bertujuan mengekalkan kesegaran dan memberikan sentuhan seolah-olah buatan tangan, dari awal hingga akhir proses pengeluaran. Satu set piawaian bagi pengendalian dan pemprosesan setiap produk telah ditentukan di peringkat pusat dan dipatuhi di semua kilang Ferrero di seluruh dunia untuk memastikan produk memenuhi standard kualiti dan keselamatan yang tinggi — dari pengeluaran hinggalah ke titik jualan.

Kami telah melaksanakan Dasar Menyeluruh Kualiti dan Keselamatan Makanan yang menggariskan strategi, kecekapan, dan usaha kolaborasi pasukan kami untuk mencapai matlamat ini. Pakar-pakar kami bekerjasama erat dengan seluruh pasukan Ferrero untuk memastikan produk yang selamat, bertanggungjawab dan berkualiti tinggi yang memberikan pengalaman unik kepada pengguna.

CENTRALIZED AND LOCAL QUALITY PROCESS
PROSES KUALITI BERPUSAT DAN TEMPATAN

Kakitangan Bertauliah di Semua Kilang Kami

Produk kami+A21 dihasilkan di 37 buah kilang di seluruh dunia, namun organisasi kualiti pusat memantau keseluruhan rantaian nilai — dari bahan mentah hinggalah ke pasaran — dengan kerjasama rapat daripada pasukan tempatan serta jabatan lain seperti R&D, Perundangan, Pemasaran, Teknikal dan lain-lain.

Di samping itu, kami mempunyai sistem kawalan kualiti yang tersusun merangkumi semua proses dalam rantaian nilai. Sistem ini merangkumi pemeriksaan yang telah ditetapkan secara standard oleh kakitangan bertauliah di semua kilang, gudang dan premis subkontraktor kami bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian kami serta mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan.

Quality & Safety
UJIAN RASA DAN KUALITI SECARA BERKALA

1.5 JUTA UJIAN KE ATAS BAHAN MENTAH SETIAP TAHUN

  1. Panel yang terdiri daripada lebih 2,000 pakar rasa di seluruh dunia memastikan hanya produk berkualiti tinggi sampai ke tangan pengguna kami.
  2. Kami menjalankan ujian ke atas setiap kumpulan bahan mentah yang diterima, setiap kumpulan produk separa siap, dan setiap kumpulan produk siap di semua kilang kami. Ini mewakili sekitar 1.5 juta ujian ke atas bahan mentah setiap tahun.
  3. Kami turut menilai kualiti produk yang dirasai pada pelbagai peringkat, termasuk di dalam kedai. Sebagai contoh, sepanjang tahun fiskal 2022/23, kami telah menjalankan hampir 915,000 lawatan kedai di seluruh dunia untuk memantau tahap kesegaran dan suhu produk siap di premis.
Internationally recognised quality certifications
KAWALAN KESELAMATAN MAKANAN DAN PENSIJILAN

Pensijilan kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa

Aktiviti pengesahan telah ditetapkan di sepanjang rantaian nilai untuk memastikan keselamatan produk kami.

Semua lokasi pengeluaran kami mematuhi skema pensijilan kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk ISO 9001 dan FSSC 22000 (diiktiraf oleh GFSI) untuk keselamatan makanan.

Kinder
REKA BENTUK MAINAN KINDER® YANG MEMENTINGKAN KESELAMATAN

Di bawah Protokol Ujian Mainan Ferrero, kami menjalankan ujian sukarela yang melebihi keperluan peraturan antarabangsa, dengan melaksanakan 75 ujian berbanding 48 ujian yang diwajibkan. Kami juga hanya memilih bahan berkualiti tinggi untuk mengelakkan kerosakan dan memastikan reka bentuk yang selamat. Selain itu, semua mainan KINDER® Surprise dianalisis secara menyeluruh pada setiap peringkat pembangunan reka bentuk.

Kami juga telah melaksanakan Kod Tingkah Laku, iaitu “Keperluan Etika, Sosial dan Alam Sekitar untuk Pembekal Mainan KINDER® Surprise”. Kod ini memastikan bahawa para pembekal mainan KINDER® Surprise mematuhi piawaian kami berkaitan dengan syarat pekerjaan.
 

Our Approach to Food Safety and Quality

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.