PENDEKATAN PEROLEHAN
Mengetahui Bahan di Sebalik Produk Kami
Di Ferrero, kami sangat mengambil berat tentang bahan-bahan yang digunakan dalam setiap jenama yang anda kenali dan sayangi. Kami tidak hanya membeli bahan mentah secara rawak — kami memilih dengan teliti, mengurus dengan rapi, dan berusaha mencipta nilai yang memberi manfaat kepada semua pihak dalam rantaian bekalan kami.
Untuk mendapatkan bahan mentah seperti koko, minyak sawit, kacang hazel, gula, susu dan telur bagi penghasilan produk kami, kami menjalin hubungan jangka panjang dengan pembekal yang memahami, mengamalkan, dan menghayati nilai-nilai yang kami pegang. Kebolehsanan membolehkan kami memantau setiap proses pengeluaran bahan mentah tersebut.
‘Sacco conosciuto’ — bermaksud ‘mengetahui apa yang ada dalam beg’ — sudah menjadi sebahagian daripada identiti Ferrero sejak syarikat ini diasaskan.
Sejak awal penubuhan, Ferrero membangunkan prosedur inovatif seperti “sacco conosciuto” yang memastikan bahan diperiksa dengan teliti di setiap peringkat pengeluaran. Fokus kami adalah pada bahan segar berkualiti tinggi yang dipilih secara teliti daripada pembekal dan petani terpilih. Pendekatan ini terus menjadi asas komitmen kami untuk memastikan setiap bahan diperiksa sepanjang proses penghasilan. Selain itu, teknologi moden dan kerjasama erat dengan pembekal membolehkan kami meluaskan komitmen ini dalam rantaian bekalan global masa kini.
Rangka kerja kebolehsanan kami membolehkan kami menjejaki asal-usul semua bahan mentah yang kami gunakan. Kami hanya dapat memberi impak positif kepada rantaian bekalan apabila kami benar-benar mengetahui sumber bahan tersebut. Sebagai contoh, minyak sawit dan koko dapat dijejaki sehingga ke ladang atau petani, sementara susu dan telur pula mempunyai tahap kebolehsanan yang tinggi yang kami sentiasa berusaha untuk tingkatkan.
Kami juga menggunakan teknologi inovatif untuk menyokong matlamat ini. Contohnya, kami bekerjasama dengan Sourcemap — penyedia utama penyelesaian pemetaan rantaian bekalan dan ketelusan digital — yang membantu meningkatkan kebolehsanan bahan mentah seperti koko, minyak sawit dan kacang hazel. Dengan maklumat dan pemantauan yang lebih baik, kami dapat menyokong kehidupan lestari serta mencegah risiko seperti pembalakan haram dan buruh kanak-kanak.
Komitmen untuk setiap bahan utama
Kami telah menerbitkan Piagam Komoditi untuk semua bahan utama kami, seperti koko, minyak sawit, kacang hazel dan produk tenusu. Piagam ini menetapkan syarat minimum yang mesti dipatuhi oleh pembekal kami, selari dengan Kod Pembekal dan proses penilaian yang teliti, serta menentukan pensijilan dan piawaian yang diperlukan bagi setiap kategori bahan.
Piagam ini juga menjelaskan tahap kebolehsanan yang kami sasarkan, termasuk metodologi dan teknologi yang digunakan. Akhir sekali, Piagam tersebut menggariskan komitmen kami untuk terus memperbaiki keadaan dengan pelan tiga tahun, di mana kemajuan kami akan dilaporkan secara terbuka kepada umum.
Kami melindungi setiap kategori kami berdasarkan tahap risikonya, dengan menetapkan tahap perlindungan yang sesuai
- Pengurusan Risiko Pembekal dan Proses Penilaian Wajar
Setiap pembekal kami akan melalui proses penilaian risiko bagi memastikan mereka memenuhi tahap minimum keperluan pematuhan dan tanggungjawab sosial yang ditetapkan. - Ketelusan dalam Rantaian Bekalan
Pengurusan risiko ini membolehkan kami memahami, menambah baik dan memantau amalan para pembekal. Ini merangkumi analisis risiko dan peluang, memastikan pematuhan kepada garis panduan, pelaksanaan inisiatif penambahbaikan serta membangunkan keupayaan jangka panjang mereka. - ematuhan Piawaian dan Pensijilan
Kami berpegang kepada piawaian kelestarian yang ketat untuk bahan mentah dan pembungkusan. Antaranya termasuk RSPO untuk minyak sawit, Rainforest Alliance dan Fairtrade untuk koko, FSC dan PEFC untuk kertas dara, serta Bonsucro untuk gula tebu — semuanya diurus secara bebas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. - Pelaksanaan Program Mitigasi
Bagi kategori bahan yang berisiko tinggi, kami turut melabur dalam program mitigasi untuk membantu meningkatkan standard dan memastikan rantaian bekalan yang lebih bertanggungjawab dan mampan.
Pendekatan empat langkah
Kami mengamalkan pendekatan empat langkah — apabila sesuatu kategori berisiko tinggi, kami perlu memahami dan melindungi rantaian bekalan dengan lebih mendalam dan menyeluruh.
Nilai Murni Teguh
Ferrero merupakan syarikat milik keluarga yang berpegang teguh pada nilai-nilai yang kukuh. Kami komited untuk membina rantaian bekalan yang adil, lestari, dan telus, sambil menyokong komuniti tempat kami mendapatkan sumber. Kami bukan sekadar membeli bahan mentah, tetapi membangunkan dan memelihara rantaian bekalan tersebut. Hubungan erat dengan pembekal sentiasa dipupuk untuk memastikan mereka memahami, mengamalkan, dan menghargai nilai-nilai yang kami pegang.
Sokongan terhadap Peraturan EU mengenai Penebangan Hutan
Ferrero menyokong rangka kerja undang-undang yang menangani isu penebangan hutan berkaitan bahan-bahan utama sebagai sebahagian daripada pendekatan bijak untuk menghasilkan impak positif yang menyeluruh dalam rantaian bekalan.
Ferrero khususnya menyokong Peraturan EU mengenai produk bebas penebangan hutan dan pelaksanaannya kerana ia menyediakan kerangka kerja yang seragam bagi memastikan pelaku dalam rantaian nilai mendapat kepastian undang-undang dan panduan mengenai kebolehsanan serta tanggungjawab. Ini juga memastikan persaingan yang adil berdasarkan keperluan pengauditan yang mencukupi.
“Pendekatan kami berasaskan pemeriksaan teliti, pengurusan pembekal, ketelusan dan kebolehsanan, serta pematuhan kepada pensijilan dan piawaian, disokong dengan kerjasama yang erat. Mewujudkan hubungan jangka panjang dan ketelusan dalam rantaian bekalan sudah menjadi sebahagian daripada budaya kami.”
— Nicola Somenzi, Ketua Sumber Bertanggungjawab, Ferrero.
MASIH BANYAK YANG BOLEH DIKETAHUI