Skip to main content
Related companies

Syarikat - syarikat yang berafiliasi dengan Ferrero

Selain daripada syarikat dan jenama yang dimiliki oleh Kumpulan Ferrero,

beberapa pengambilalihan telah dilakukan oleh syarikat yang berafiliasi dengan Ferrero.

Syarikat Berkaitan Ferrero

Ferrero telah berkembang daripada sebuah syarikat konfeksioneri coklat untuk menjadi salah satu peneraju global dalam pasaran makanan manisan berbungkus. Selain pertumbuhan organik, kehadiran global kami sentiasa berkembang apabila kami memasuki kategori produk baharu dan mengembangkan jejak kami di seluruh dunia melalui pemerolehan strategik. Di samping itu, kami sedang memperkembangkan portfolio jenama-jenama terkemuka yang diminati pengguna, membolehkan kami mempelbagaikan tawaran dan mencipta peluang pertumbuhan yang menarik.

Selain daripada syarikat dan jenama yang diperoleh oleh Kumpulan Ferrero, beberapa pemerolehan telah dilakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh syarikat berkaitan Ferrero* untuk terus berkembang dalam kategori seperti biskut atau snek buah, membawa banyak jenama ikonik ke dalam keluarga  global Ferrero.

* Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ferrero ini tidak termasuk dalam Penyata Kewangan Konsolidasi tahunan Ferrero International S.A., syarikat induk Kumpulan Ferrero. Selain itu, mereka tidak tertakluk kepada tadbir urus, komitmen, dan amalan Kumpulan Ferrero, walaupun mempunyai  keselarasan yang kuat.

Jenama dan syarikat yang diperoleh oleh syarikat berafiliasi dengan Ferrero

Michel et Augustin
2024

Michel et Augustin

Michel et Augustin markets premium, much-loved products including sweet biscuits, savory biscuits and snacks. These iconic brands are sold mainly in France and in six other markets. The business was founded in the French market in 2004 by Augustin Paluel-Marmont and Michel de Rovira, before being acquired by Danone.

Jelly Belly
2023

Jelly Belly

 Gula-gula Jelly Belly bermula sejak penubuhannya di Illinois pada tahun 1896, dan ia terus dimiliki serta diuruskan oleh generasi keempat, kelima, dan keenam keluarga pembuat gula-gula Rowland.
Jenama ikoniknya, Jelly Belly® jelly beans, telah menjadi salah satu produk gula-gula yang digemari  dan dikenali di dunia sejak pertubuhannya pada tahun 1976. Portfolio luasnya merangkumi lebih daripada 100 perisa jelly beans yang terkenal serta pelbagai jenis gula-gula lain.

Dori Alimentos
2023

Dori Alimentos

Dori Alimentos adalah salah satu pengeluar dan pengedar utama gula-gula dan snek di Brazil.
Sejak penubuhannya pada tahun 1967, Dori telah membina jenama yang kukuh dan dikenali yang dogemari oleh  pengguna di seluruh Brazil termasuk Dori, Pettiz, Jubes, Gomets, Deliket, Disqueti, Yogurte 100, dan Bolete.

Burton’s Biscuit Company
2021

Perniagaan Biskut Burton's

Burton’s menghasilkan beberapa jenama biskut yang  diminati di UK,
termasuk Maryland Cookies, Jammie Dodgers, Wagon Wheels, Paterson’s dan Thomas Fudge’s. Perniagaan ini mempunyai sejarah dalam pasaran biskut British yang bermula sejak tahun 1935, dengan warisan kukuh dan kesedaran jenama yang tinggi.

Fox’s Biscuit Business
2020

Perniagaan Biskut Fox

Pengambilalihan ini merangkumi jenama biskut halus seperti Fox’s dan Rocky, serta jenama-jenama prestij yang digemari dan mempunyai sejarah kukuh dalam pasaran biskut British sejak tahun 1853.

Kelsen
2019

Kelsen

Kelsen Group terkenal di seluruh dunia dengan biskut mentega Denmark- terutamanya dengan jenama ikoniknya Kjeldsens and Royal Dansk.
Kelsen bermula pada tahun 1933 sebagai sebuah kedai roti keluarga di Jutland,Denmark. Hari ini, syarikat ini mengedar produk ke lebih daripada 100 negara. 

Sugar confectionary business in the US
2018

Perniagaan gula-gula di Amerika Syarikat (dahulu dimiliki oleh Nestlé)

Ini termasuk jenama seperti SweeTarts®, LaffyTaffy®, Brach*s® Nerds® and NOWandLATER® 

Fruit snacks and ice cream in the US
2018

Snek buah dan aiskrim di Amerika Syarikat

Ferrero telah mengambil alih perniagaan snek buah Kellogg, termasuk Stretch Island dan Fruity Snacks bersama-sama dengan produk kon aiskrim ddan kerak pai Keebler

Ferrara Candy Company
2017

Syarikat gula-gula ferrara

Ferrara adalah syarikat gula-gula bukan coklat yang terbesar di Amerika Syarikat, khususnya dalam gula-gula getah, gula-gula bermusim, snek buah dan gula-gula lain.

Delacre
2016

Isytihar

Syarikat Biskut Campuran Belgian Halus ditubuhkan oleh Charles Delacre lebih daripada 130 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1891.

EXECULTIVE CHAIRMAN

"Hanya mereka yang mempunyai pemahaman yang mendalam, hubungan yang tulen, dan rasa nilai yang terikat dengan akar umbi diri, akan mampu maju ke hadapan dalam dunia ini, mampu mengglobal, dan mampu menginternasionalkan diri.
Kerana kekuatan yang diberikan oleh akar umbi kita adalah kekuatan untuk sentiasa menjadi diri sendiri."

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.