Keterangkuman dan Rasa Hormat di Ferrero
Di Ferrero, kami percaya bahawa keunikan setiap individu adalah antara kekuatan terbesar kami. Kepelbagaian bakat, pandangan dan minat warga Ferrero membawa perspektif yang berbeza, dan setiap seorang memainkan peranan yang tersendiri. Perbezaan inilah yang menyemarakkan kreativiti, membentuk budaya kerja yang inklusif dan membantu kami menghasilkan produk yang digemari dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Kami juga percaya bahawa sikap prihatin perlu menjadi sebahagian daripada segala yang kami lakukan, sama ada terhadap warga kerja mahupun komuniti yang kami dekati di seluruh dunia. Nilai ini menjadi asas kepada usaha kami menyokong perkembangan peribadi dan profesional setiap individu, di samping terus berinovasi dengan penuh integriti dan tanggungjawab.
Seperti warga Ferrero yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, setiap produk kami turut mempunyai keistimewaannya tersendiri. Dengan menggabungkan bakat dan keupayaan setiap individu dengan nilai yang dikongsi bersama, kami terus menghasilkan produk berkualiti yang membawa kegembiraan kepada ramai. Apabila setiap individu diberi ruang dan keyakinan untuk memberikan yang terbaik, mereka bukan sahaja dapat berkembang bersama Ferrero, malah turut bersama menghasilkan sesuatu yang benar-benar istimewa.
"Kami percaya bahawa budaya syarikat yang inklusif amat penting untuk memastikan kepelbagaian bakat dan keupayaan setiap individu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyokong keutamaan perniagaan kami. Justeru, di seluruh operasi Ferrero, kami sentiasa berusaha membina budaya kerja yang berteraskan kepercayaan, rasa hormat dan kepelbagaian, serta memberi peluang yang sama rata kepada semua." Giovanni Ferrero, Presiden, Kumpulan Ferrero
Strategi Kami
Di Ferrero, strategi Keterangkuman & Rasa Hormat (Inclusivity & Respect) kami tertumpu kepada empat bidang utama:
Data & Dimensi: Kami menggunakan data untuk memahami pengalaman warga Ferrero dengan lebih balik, dan disokong oleh rangka kerja global yang membantu memastikan pendekatan yang konsisten di seluruh organisasi.
Proses Warga Kerja: Kami memupuk budaya yang berteraskan keterangkuman dan rasa hormat, sambil membina pengetahuan serta keupayaan yang relevan sepanjang perjalanan setiap warga bersama Ferrero.
Komunikasi & Penglibatan: Kami memastikan mesej mengenai keterangkuman dan rasa hormat disampaikan secara konsisten, di samping mengenal pasti jurang dalam tahap penglibatan kumpulan yang berbeza agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Keselarasan Perniagaan: Kami menerapkan prinsip keterangkuman dan rasa hormat secara konsisten merentasi setiap jenama di bawah Kumpulan Ferrero.
Dimensi Kami
Dimensi global kami telah mengenal pasti beberapa aspek identiti individu yang menjadi fokus dalam strategi Keterangkuman & Rasa Hormat kami.
Dimensi ini merangkumi ciri-ciri yang dilindungi di bawah Polisi Antidiskriminasi dan Antigangguan Kumpulan, dengan takrifan yang mungkin berbeza mengikut lokasi selaras dengan undang-undang serta peraturan tempatan.
Pendekatan ini memastikan keselarasan di peringkat global, di samping memastikan bahawa keperluan dan realiti setempat tetap diambil kira.
Pasukan Kami
Di Ferrero, strategi Inklusiviti dan rasa hormat kami diterajui oleh pasukan People Experience kami. Pelaksanaannya melibatkan:
Pengurus Global yang memberi tumpuan khusus kepada agenda Inklusif dan Menghormati.
Duta Serantau yang menggerakkan dan menerajui pelaksanaan inisiatif di peringkat tempatan.
Majlis Tempatan dan kumpulan sokongan yang menggalakkan pekerja Ferrero untuk terlibat secara sukarela, meningkatkan kesedaran serta bersama-sama menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih inklusif.
Kepelbagaian Tenaga Kerja Global Kami
- 147 kewarganegaraan
- 64 kewarganegaraan di ibu pejabat Casa Ferrero di Luxembourg
- 42% jumlah wanita dalam tenaga kerja
- 36% wanita dalam jawatan Pengurus Barisan
TEMUI RAKAN KONGSI YANG MEMBANTU KAMI CIPTA PERUBAHAN
MASIH BANYAK YANG BOLEH DIKETAHUI