Skip to main content

Tic Tac®: SEJARAH

Refreshing good vibes since 1969
1969

Menyegarkan semangat positif sejak 1969

Musim cinta, Woodstock, manusia pertama ke bulan... dan kelahiran Tic Tac® — gula-gula pudina yang kekal segar selama lebih 50 tahun!

A Global Brand
1970-an – 1980-an

Jenama Global

After take off in 1969, the iconic Orange flavor followed in 1974. More new flavours were added and sales sky-rocketed. By the 1980s Tic Tac® was now selling fast on all five continents.

Rays of Positivity
2022

Sinar Positiviti

Pada tahun 2022, Tic Tac® tampil dengan penampilan baharu yang menyegarkan melalui “Sinar Positiviti”. Diilhamkan daripada bentuk ikonik Tic Tac® yang memancar keluar dari logo, ia melambangkan idea kami untuk menyebarkan semangat positif, satu Tic Tac® pada satu masa.

100 layers of gentle freshness

100 lapisan kesegaran lembut

Dengan bentuknya yang ikonik, gula-gula Tic Tac® nampak ringkas — tetapi di sebalik kesederhanaannya, terselit ketelitian! Setiap biji Tic Tac® mengambil masa 24 jam untuk dihasilkan, dibentuk dengan sempurna dan disalut dengan rapi. Di tengahnya, terdapat inti lembut yang dibalut dengan 100 lapisan perisa. Perisa asal Freshmint menggabungkan minyak pati pudina dan sentuhan istimewa perisa vanila.

Piedmont Mint: our special ingredient

Pudina Piedmont: ramuan istimewa kami

Rasa Freshmint Tic Tac® yang begitu enak datang daripada pudina unik yang tumbuh di Pancalieri, wilayah Piedmont, Itali. Iklim dan tanah di sana menghasilkan pudina dengan rasa segar yang halus dan enak secara semula jadi. Minyak pati pudina diekstrak melalui proses penyulingan wap rendah menggunakan kaedah tradisional untuk memberikan aroma istimewa, rasa yang halus, serta profil yang manis dan kaya.

RANGKAIAN PERISA RANGUP UNTUK SEGARKAN GOOD VIBES ANDA

tic-tac-mint

Tic Tac® Pudina 14.5g

Rasa pudina yang segar dan klasik. Perlu kami kata lebih lagi? Setiap biji Tic Tac® Mint sedia untuk menyegarkan detik anda—dan mulut anda.

tic-tac-orange

Tic Tac® Oren 14.5g

Masam manis, luar dan dalam. Nikmati Tic Tac® perisa oren bila-bila masa—sama ada untuk berseronok atau bersantai.

tic-tac-strawberry-ok

Tic Tac® Strawberi Pudina 14.5g

Gabungan menyegarkan strawberi berbuah dan pudina yang unik—paduan rasa yang pasti menggembirakan deria anda.

tic-tac-spearmint

Tic Tac® Pudina Lembut 14.5g

Nikmati letusan kesegaran segera dalam setiap biji pudina lembut Tic Tac®. Rasanya enak dan membantu menyegarkan nafas anda lebih lama.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.