Skip to main content
Fair, sustainable, transparent

Adil, lestari, telus

Bermitra dan berkerjasama adalah penting untuk menjamin kejayaan komitmen kami terhaddap sumber yang bertanggungjawab

KOMITMEN KAMI TERHADAP SUMBER YANG BERTANGGUNGJAWAB

Ferrero berusaha untuk memastikan semua rantaian bekalan kami adalah adil, lestari dan telus. Selama bertahun-tahun, kami telah membina hubungan jangka panjang dengan pembekal kami kerana kami percaya bahawa kerjasama dan kolaborasi adalah penting untuk menjamin kejayaan komitmen kami terhadap sumber yang bertanggungjawab.

Kod Pembekal Ferrero, yang diterima pakai pada Jun 2020, menerangkan maksud sumber bertanggungjawab bagi kami, keutamaan kami, dan bagaimana kami akan bekerjasama dengan semua pembekal untuk melaksanakan perkara ini berdasarkan tiga teras berikut:

  • Hak Asasi Manusia dan Amalan Sosial: Teras ini menangani isu penting seperti perlindungan kanak-kanak dan gaji yang adil.
  • Perlindungan Alam Sekitar dan Kelestarian: Bidang ini merangkumi garis panduan mengenai tiada penebangan hutan, biodiversiti, kebajikan haiwan dan amalan umum kelestarian alam sekitar.
  • Ketelusan Pembekal: Kebolehsusunan dan ketelusan adalah penting untuk memastikan rantaian bekalan yang adil dan lestari serta mengurangkan sebarang isu yang berpotensi. Kami mengharapkan pembekal kami memberi perhatian yang sama terhadap perkara ini.

Kami menjemput anda untuk membaca Kod Pembekal kami bagi mengetahui lebih lanjut mengenai teras utama Ferrero dalam sumber bertanggungjawab, kerjasama dengan pembekal kami, dan komitmen kami untuk penambahbaikan berterusan.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.