Skip to main content
THOUGHTFUL ENJOYMENT
THOUGHTFUL ENJOYMENT

Kenikmatan Dengan Penuh Kesedaran

Sama ada anda ingin mengejutkan rakan sempena hari istimewa, menggembirakan keluarga dengan berkongsi produk kegemaran bersama, atau sekadar menghadiahkan diri sendiri dengan momen ‘me time’ yang bermakna — sajian atau snek ialah sesuatu yang wajar dinikmati dengan penuh kesedaran.

PENDEKATAN KAMI TERHADAP KENIKMATAN DENGAN PENUH KESEDARAN

Kesedaran Dalam Setiap Sajian

Di Ferrero, kami bersemangat dalam mencipta produk berkualiti untuk membawa kegembiraan kepada pengguna kami sambil menggalakkan pengambilan secara bertanggungjawab, sejajar dengan prinsip pemakanan global kami. Kami percaya bahawa semua makanan boleh dinikmati dalam jumlah kecil dan sederhana, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dan pelbagai.

Kami amat menitikberatkan pengambilan produk kami secara bertanggungjawab dan telah mengambil langkah yang teliti dalam mencipta produk unik dan lazat untuk anda nikmati.

Pendekatan Nikmati Dengan Penuh Kesedaran kami berteraskan tiga elemen utama: Pilihan Bijak, Momen Bermakna, dan Jalinan Mesra.

Pilihan Bijak

Sejak awal lagi, kami telah menyokong pengguna dalam membuat pilihan yang bijak dengan mencipta sajian kecil yang dibungkus secara individu serta pelabelan yang jelas.

Malah, lebih 86% produk kami hadir dalam sajian kurang daripada 130kcal, dan sekitar 66% dalam sajian kurang daripada 100kcal.

Pendekatan kami merangkumi membantu pengguna memahami nilai nutrisi dan kalori dalam produk kegemaran mereka, menawarkan sajian kecil dan pembungkusan individu, serta menyediakan maklumat dan alat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang lebih bijak.

Momen Bermakna

Sama ada meraikan detik istimewa, menggembirakan insan tersayang, atau meluangkan masa untuk diri sendiri, sajian kecil tetap mampu memberikan kepuasan apabila dinikmati dengan penuh kesedaran.

Jalinan Mesra

Selain menikmati detik dan saiz hidangan yang sesuai, adalah sama penting untuk syarikat menjalin hubungan yang bertanggungjawab dan penuh kesedaran bersama pengguna — kerana hubungan ini dapat membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak semasa menikmati sajian atau snek mereka.

Kami berusaha untuk membantu pengguna membuat pilihan yang tepat dan sentiasa berkomunikasi secara telus dan bertanggungjawab. Sebab itulah kami menyediakan maklumat nutrisi yang jelas pada bungkusan, dan memastikan semua iklan serta komunikasi kami memaparkan produk dinikmati secara sederhana.
 

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.