Skip to main content
Wed, 02/14/2024
09:00
4 min read

FERRERO GROUP UMUM PENYATA KEWANGAN DIKONSOLIDASI BAGI TAHUN KEWANGAN 2022/2023

FERRERO ACQUIRES REMAINING SHARES OF ICE CREAM FACTORY COMAKER

Ferrero Group, melalui syarikat induknya Ferrero International S.A., telah meluluskan Penyata Kewangan Disatukan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2023.

  • Ferrero Group terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan peningkatan hasil sebanyak 21% kepada EUR 17 bilion, dan pertambahan tenaga kerja global sebanyak 14% kepada 47,212 orang.
  • Syarikat ini turut memperkukuhkan kehadirannya di pasaran Amerika Utara melalui pengambilalihan strategik syarikat aiskrim Wells Enterprises Inc.

Sepanjang tahun kewangan 2022/2023, Ferrero menutup tahun dengan jumlah perolehan terkumpul sebanyak EUR 17 bilion – peningkatan 20.7% berbanding EUR 14 bilion pada tahun sebelumnya. Lonjakan ini dipacu oleh pertumbuhan organik serta beberapa pengambilalihan strategik, selari dengan hala tuju pertumbuhan yang diterajui Pengerusi Eksekutif Giovanni Ferrero dan dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lapo Civiletti.

Walaupun berhadapan cabaran ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik global, Ferrero tetap mencatat prestasi kukuh. Keanjalan struktur perniagaan, kekuatan jenama, dan semangat tenaga kerjanya membolehkan Ferrero terus mengukuhkan kedudukan pasaran merentas pelbagai kategori dan rantau. Jumlah kilang pengeluaran Ferrero di seluruh dunia kini meningkat kepada 37, berbanding 32 pada tahun sebelumnya, manakala jumlah kakitangan global meningkat kepada 47,212 pada 31 Ogos 2023, berbanding 41,441 setahun sebelumnya.

“Kami bangga melaporkan tempoh pertumbuhan yang kukuh meskipun berdepan tekanan ekonomi global dan inflasi yang berterusan. Selain peningkatan hasil, pertambahan lebih 5,000 kakitangan di seluruh dunia turut mencerminkan keyakinan kami terhadap strategi perniagaan jangka panjang,” kata Daniel Martinez Carretero, Ketua Pegawai Kewangan Ferrero Group.

Pada akhir Januari 2023, Ferrero merasmikan pengambilalihan operasi Wells Enterprises Inc. sekaligus bersama dengan portfolio jenama terkenalnya seperti Blue Bunny®, Blue Ribbon Classics®, Bomb Pop® dan Halo Top®. Langkah ini sejajar dengan matlamat pertumbuhan strategik Ferrero untuk memperluaskan perniagaan dalam kategori aiskrim serta mengukuhkan kedudukannya di pasaran Amerika Utara. Perjanjian ini turut merangkumi empat fasiliti pengeluaran di Amerika Syarikat, yang terletak di Iowa, Nevada dan New York.

Selain itu, pada Mac 2023, Ferrero turut memuktamadkan pengambilalihan Fresystem Group – sebuah syarikat milik keluarga dari Itali yang menghasilkan pastri sejuk. Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada rancangan pertumbuhan strategik Ferrero dan susulan pelancaran Nutella Muffins, yang telah dihasilkan oleh Fresystem sejak 2021.

Inovasi kekal sebagai teras DNA kami bagi menyokong pertumbuhan jenama Ferrero yang ikonik. Dalam tahun kewangan 22/23 ini, syarikat tersebut telah memperkenalkan pelbagai produk baharu seperti Kinder, Rocher dan Raffaello dalam segmen aiskrim di Eropah. Di samping itu, pelancaran Nutella Biscuits dan Nutella B-ready di Amerika Syarikat mendapat sambutan yang baik.

Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, Ferrero turut melabur untuk memperluaskan kapasiti pengeluarannya. Sepanjang tahun ini, jumlah pelaburan modal mencecah EUR 811 juta – antara pelaburan utamanya ialah dari segi bentuk harta, kilang dan peralatan di Itali, Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol.

Dalam menggerakkan pertumbuhan jangka panjang di bawah kepimpinan Giovanni Ferrero, kumpulan ini turut mengekalkan fokus terhadap aspek kelestarian. Strategi Ferrero dibina atas empat tonggak utama: pemeliharaan alam sekitar, pemilihan sumber bahan secara beretika, galakan penggunaan bijak, serta pembangunan insan.

Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini

Related
articles
Read more news & stories from Ferrero and our brands
placeholder

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.