HARI NUTELLA® SEDUNIA 2025: MERAYAKAN MELALUI BUDAYA
- #WorldNutellaDay kembali dengan sambutan jenama yang tidak boleh dilepaskan – menyatukan peminat dalam berkongsi minat mereka terhadap rangkaian produk Nutella®.
- Menyertai sambutan global untuk jenama ikonik, produk inovatif dan peminat yang menjadi nadi jenama, Nutella® hari ini memperkenalkan pengalaman budaya, acara dan aktiviti menarik di seluruh dunia.
- Antara sorotan untuk 2025 termasuk pelancaran identiti bunyi (sonik) baharu, pameran istimewa di Muzium MAXXI di Rom, dan sebuah buku baharu mengenai sejarah dan evolusi Nutella® – mengabadikan jem ini sebagai ikon budaya.
Dicipta oleh peminat dan untuk peminat, World Nutella® Day yang diadakan setiap tahun pada 5 Februari telah menyatukan orang ramai di seluruh dunia dalam kecintaan mereka terhadap jem ikonik ini sejak tahun 2007. Tahun ini, Nutella® mengumpulkan peminat dari serata dunia untuk meraikan keluarga Nutella® yang terus berkembang, membantu menyebarkan lebih banyak senyuman dan semangat positif yang menular.
Menggambarkan semangat hari tersebut, kempen global ini menyaksikan Nutella® menyambut jenama ikoniknya, produk inovatif dan peminat yang menjadi terasnya dengan kerjasama baharu, acara dan aktiviti yang diinspirasikan oleh peranan jenama ini dalam budaya popular. Bagi memperingati World Nutella® Day 2025, peminat Nutella® berpeluang meraikan sambutan ini melalui budaya!
Apa yang Bahara untuk 2025:
- The Sound of Nutella. Sempena World Nutella® Day 2025, Nutella® memperkenalkan identiti sonik uniknya: ‘The Sound of Nutella’. Dihasilkan bersama MassiveMusic, sebuah agensi muzik kreatif, runut bunyi ini mencerminkan nilai jenama seperti positiviti dan kebersamaan – serta bunyi salah satu ramuan ikoniknya: hazelnut. Dalam meneroka potensi muzik daripada hazelnut, mereka mengetuknya di dram, melontarnya ke gitar, menggoncangnya dalam balang Nutella dan menuangkannya ke atas piano. Hasilnya? Trek yang ceria, ringan dan mudah melekat di kepala – pasti membuat anda tersenyum dan ikut bersenandung.
- Pameran di Muzium MAXXI, Rom.Tahukah anda bahawa Muzium Seni Abad ke-21 Nasional di Itali, institusi kebangsaan pertama negara itu yang dikhususkan untuk kreativiti kontemporari, kini menganjurkan pameran khas bagi meraikan perjalanan ikonik Nutella® sepanjang 60 tahun? Hari ini, pengunjung di Muzium MAXXI di Rom turut boleh menikmati acara istimewa. Pameran ini dibuka kepada pengunjung di Rom sehingga 20 Apri
- Pelancaran Buku “The New Nutella World”.Nutella® dengan bangganya berkongsi kepada para peminat bahawa Gigi Padovani, wartawan dan penulis makanan dari Itali, baru sahaja melancarkan edisi baharu bukunya, yang menampilkan pandangan mendalam tentang perjalanan Nutella® sebagai jenama berpengaruh global dan peranannya dalam budaya popular. Melalui cerita dan pandangan menarik, pembaca akan menemui sejarah Nutella® serta evolusinya sepanjang enam dekad. Buku penghormatan ini wajib dibaca oleh peminat dan pencinta makanan yang ingin menghayati legasi budaya dan daya tarikan Nutella® yang berkekalan.
Nutella® juga menjemput para peminat yang menyambut hari istimewa ini untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti merentasi saluran digital di pasaran masing-masing. Layari nutella.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan berhampiran anda.
Inovasi yang Membentuk Sebuah Ikon
Nutella®, yang menyambut ulang tahun ke-60 pada tahun lalu, menjadi pilihan jutaan orang di seluruh dunia untuk menyebarkan kegembiraan, mengeratkan hubungan dan membawa rasa hebat ke meja makan. Sebuah kisah tentang inovasi dan semangat, Nutella® telah menyebarkan senyuman selama enam dekad dan terus berkembang bagi mengejutkan dan menggembirakan peminatnya di lebih 170 negara.
Kecintaan ini turut mencetuskan penciptaan World Nutella® Day pada tahun 2007. Ketika Sara Rosso mencetuskan idea ini, Nutella® hanya dinikmati sebagai sapuan hazelnut dan koko. Kini, 17 tahun kemudian, para peminat di seluruh dunia meraikan pelbagai cara untuk menikmati Nutella® – sama ada sebagai biskut, snek, pastri sejuk beku atau juga aiskrim. Beberapa bulan lalu, Nutella® turut memperkenalkan versi baharu berasaskan tumbuhan, memperluaskan pengalaman Nutella® kepada lebih ramai peminat di seluruh dunia.
Melangkah ke hadapan, Ferrero Group akan terus mencari cara baharu untuk mengejutkan dan menggembirakan para peminatnya, sambil memperkukuh legasi Nutella® dan kepakaran konfeksioneri Ferrero. Ini termasuk pelancaran dan peluasan rangkaian Frozen Bakery baharu yang merangkumi muffin, croissant, crepe dan donut – memberi peluang tambahan untuk menikmati pengalaman Nutella® di rumah.
Thomas Chatenier, Presiden Global Nutella di Ferrero berkata:
“World Nutella® Day merupakan bukti kekuatan jenama kami yang berpanjangan dan semangat luar biasa para peminat, yang telah mengukuhkan kedudukan Nutella® sebagai ikon budaya – diraikan melalui buku dan pameran. Di Ferrero, kami komited terhadap inovasi berterusan, memastikan Nutella® terus menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai. Nutella® sentiasa tentang menyebarkan kegembiraan dan semangat positif – dan kini, kami mempunyai satu keluarga penuh produk Nutella® untuk dinikmati, daripada biskut, snek dan aiskrim hinggalah kepada pastri sejuk beku dan inovasi berasaskan tumbuhan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat Nutella® yang terus mendorong evolusi kami! Kami menantikan lebih banyak tahun untuk menyebarkan senyuman dan mencipta detik Nutella® yang tidak dapat dilupakan bersama anda.”
Tahun ini, jenama ini menyeru para peminat untuk sekali lagi menyambut World Nutella® Day dan menyebarkan kegembiraan Nutella® dengan berkongsi detik istimewa mereka di media sosial menggunakan: #WorldNutellaDay #SpreadANutellaSmile
Ikuti sambutan ini di saluran rasmi media sosial World Nutella® Day dan lawati www.nutella.com untuk kandungan inspirasi tentang bagaimana anda boleh membawa sambutan anda ke tahap seterusnya.
Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini.