Skip to main content
Mon, 02/05/2024
09:00
2 min read

NUTELLA SAMBUT ULANG TAHUN KE-60 – TERUS MENYEBARKAN SENYUMAN

NUTELLA SAMBUT ULANG TAHUN KE-60

Hari ini, peminat Nutella® di seluruh dunia bersatu sekali lagi untuk menyambut Hari Nutella Sedunia, – satu pencapaian yang bermakna dalam sejarah jenama ikonik ini yang telah membawa kegembiraan ke meja sarapan orang ramai.

  • Sambutan bermula pada Hari Nutella Sedunia 2024 – kini memasuki tahun ke-17 – dan akan berlangsung sepanjang tahun melalui kempen global #GiveANutellaSmile
  • Ulang tahun ini menandakan enam dekad Nutella menyebarkan rasa bahagia, mencetuskan momen kebersamaan, dan memperkenalkan rasa yang digemari ramai di seluruh dunia
  • Dengan rasa unik yang menjadi kegemaran ramai, Nutella kini berada dalam pelbagai variasi produk yang boleh dinikmati dalam pelbagai suasana, dan akan terus meneroka cara baharu untuk menggembirakan para peminatnya

Nutella bermula dari sebuah kisah ringkas yang disinspirasikan di Itali. Ketika itu, kekurangan bekalan koko selepas Perang Dunia Kedua mendorong pengasas Kumpulan Ferrero, Pietro Ferrero, mencipta resipi yang menggunakan sedikit koko bersama kacang hazel – hasil tempatan dari Piedmont. Pada tahun 1964, anaknya, Michele Ferrero, mengubah ramuan tersebut menjadi sapuan manis Nutella yang digemari oleh ramai hari ini.  

Sejak permulaannya, Nutella telah menjadi salah satu  jenama global yang digemari di lebih 170 negara. Dengan semangat inovasi yang berterusan, Nutella terus berkembang dari masa ke semasa – memperkenalkan pelbagai produk menarik seperti Nutella &GO! pada tahun 2005, Nutella B-ready pada 2015, dan Nutella Biscuits yang dilancarkan pada 2019 – biskut pertama dengan inti Nutella di tengahnya.

Kemudian, Nutella memperluas rangkaiannya dengan produk bakeri segar seperti Nutella Muffin pada 2020 dan Nutella Croissant pada 2023. Malah pada 2017, Nutella Café dibuka di Chicago, menjadi tarikan pelancong serta destinasi wajib bagi peminat tegar Nutella dari seluruh dunia.

Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group berkata: “Ketika kita meraikan ulang tahun ke-60 ini, kami bangga dengan pencapaian Nutella – sebuah jenama global yang dibentuk melalui semangat inovasi dan pengalaman selama puluhan tahun. Daripada rasa Nutella yang tidak tertanding, kami telah mencipta pelbagai produk seperti Nutella B-ready, Nutella Biscuits, Muffin dan Croissant. Kami komited untuk terus membawa kegembiraan kepada para peminat dengan lebih banyak pilihan yang digemari oleh ramai. Kami telah menyebarkan senyuman selama 60 tahun, dan melalui kreativiti serta semangat kami, Nutella akan terus menceriakan dunia untuk masa yang akan datang.”

Nutella sejak awal lagi percaya bahawa sikap positif mampu menceriakan hari seseorang dan memberi kesan positif kepada orang ramai. Justeru, sempena ulang tahun ke-60 ini, Nutella akan menggiatkan kempen #GiveANutellaSmile – satu inisiatif global untuk menyebarkan lebih banyak senyuman kerana senyuman itu berjangkit – lebih banyak kita tersenyum, lebih mudah ia tersebar.

Di pelbagai acara sambutan di seluruh dunia, orang ramai akan diajak untuk mencipta momen kebersamaan sambil menikmati Nutella. Nutella juga akan memperkenalkan edisi khas iaitu balang Nutella – menampilkan watak-watak yang kita semua kenal dan yang sering menceriakan hidup kita – dari tukang masak ke bintang rock, daripada pemimpi kepada romantis.  

Selain itu, Nutella akan melancarkan satu pengalaman digital khas melalui laman web Nutella – di mana pengguna boleh mereka pelekat dan mesej peribadi untuk menghiasi balang Nutella mereka sendiri, sebagai penghargaan kepada insan yang sering membuat mereka tersenyum.

Untuk turut serta dalam kempen ini dan melihat bagaimana anda boleh menjadi sebahagian daripada penyebaran senyuman bersama Nutella, lawati laman rasmi Nutella hari ini dan cari acara #GiveANutellaSmile di kawasan anda. 

Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini

Related
articles
Read more news & stories from Ferrero and our brands
placeholder

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.