Skip to main content
Leadership Team
Leadership Team

Pasukan Kepimpinan

Pasukan kepimpinan dan pengurusan global kami membimbing strategi dan perniagaan Ferrero sambil memartabatkan warisan kami.

KENALI PASUKAN KEPIMPINAN FERRERO

Ferrero Group adalah salah satu syarikat makanan berbungkus manis terbesar di dunia dengan lebih 35 jenama kegemaran ramai seperti Kinder®, Nutella®, Ferrero Rocher® dan Tic Tac®, yang dijual di lebih 170 negara.

Sejak ditubuhkan di Alba, Itali, pada tahun 1946, Ferrero kekal sebagai syarikat milik keluarga swasta yang kini sudah berada di generasi ketiga. Syarikat ini dipimpin oleh Encik Giovanni Ferrero sebagai Pengerusi Eksekutif dan Encik Lapo Civiletti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Mesyuarat Pemegang Saham, Lembaga Pengarah, Pengerusi Eksekutif dan CEO mengarahkan projek dan inisiatif selaras dengan objektif strategik jangka panjang Kumpulan.

Pasukan kepimpinan kami di Ferrero memacu cara kami membangunkan dasar dan program untuk membimbing amalan kami serta menguruskan impak di semua lokasi operasi kami di seluruh dunia. Memacu kelestarian, mencapai matlamat perniagaan dan memastikan ketelusan dalam Kumpulan Ferrero merupakan fokus utama pasukan kami ketika kami terus berkembang dan mengilhamkan inovasi. Ketahui bagaimana kerjasama kami dengan minda inovatif dan penggunaan model tadbir urus korporat membantu kami mengejar kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan.

EXECULTIVE CHAIRMAN
PENGERUSI EKSEKUTIF

Pengerusi Eksekutif, Encik. Giovanni Ferrero, dan tugas beliau memberi tumpuan kepada:

  • Menyemak dan meluluskan hala tuju dan strategi jangka panjang Kumpulan selaras dengan budaya dan nilai kami.
  • Menentukan arah perniagaan baharu dan inovasi terobosan.
CEO
CEO

CEO, Encik Lapo Civiletti, dan Pasukan Pengurusan Kumpulan beliau memberi tumpuan kepada:

  • Mencapai keputusan jangka pendek dan sederhana selaras dengan hala tuju jangka panjang Pengerusi Eksekutif.
  • Memaksimumkan keupayaan pengurusan kami untuk menyumbang kepada penetapan sasaran perniagaan selaras dengan garis panduan jangka panjang.
Organizational chart
Organizational chart

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.