Skip to main content

PENDEKATAN KAMI TERHADAP NUTRISI

Kami mempunyai tradisi yang panjang dalam menghasilkan produk yang lazat dan dihasilkan dengan penuh teliti, yang memperkayakan detik-detik bermakna, hubungan serta sambutan dalam kehidupan. Produk kami direka untuk memberikan kelazatan dan kegembiraan. Berpandukan komitmen kami terhadap kualiti dan ketukangan, kami sentiasa berinovasi untuk menggembirakan pengguna dengan pelbagai produk yang boleh dinikmati pada pelbagai saat dan kesempatan.

Kami percaya bahawa setiap jenis makanan boleh dinikmati secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup yang seimbang serta pelbagai.

Kami mengambil berat tentang bagaimana produk kami menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna, dan kami menyokong pengguna dalam membuat pilihan yang bermaklumat serta menikmati produk kami secara bertanggungjawab.

MENYOKONG PENGGUNA

Kami menjadikan saiz hidangan sebagai prinsip teras dalam menggalakkan pengambilan produk kami secara bertanggungjawab. Bersama-sama maklumat mengenai saiz hidangan, pendekatan ini membantu pengguna membuat pilihan yang bermaklumat serta menikmati produk kami secara bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup yang seimbang serta pelbagai.

SAIZ HIDANGAN

Kami menerima pakai saiz hidangan sebagai prinsip teras untuk penggunaan produk kami yang bertanggungjawab.

Kebanyakan produk kami direka bentuk dalam saiz hidangan yang kecil dan dibungkus secara individu, mencerminkan warisan kami dalam menghasilkan produk yang dibahagikan saiz hidangan. Berdasarkan laporan terkini kami, sekitar 85% produk kami dijual dalam hidangan 130 kcal atau kurang, dan kira-kira 63% dengan saiz hidangan 100kcal atau kurang.

MAKLUMAT PEMAKANAN

Menyediakan maklumat pemakanan yang jelas merupakan bahagian penting dalam pendekatan kami dan membantu pengguna membuat pilihan yang tepat.

Kami menyediakan maklumat pemakanan di pembungkusan kami, selaras dengan undang-undang yang berkaitan di negara yang berbeza dan komitmen sukarela kami.

Kami terus mencapai kemajuan dalam cara maklumat pemakanan disampaikan, dengan alat digital seperti SmartLabel dan kod QR.

INOVASI DAN PILIHAN

Kami mencipta produk untuk pelbagai saat istimewa dan sentiasa berinovasi untuk mewujudkan lebih banyak pilihan untuk pengguna, dengan berpandukan kriteria pemakanan kami yan berasaskan sains.

INOVASI

Inovasi berada di teras Ferrero. Kami berhasrat untuk membawa pengalaman yang seronok dengan produk yang dikenali dan disukai oleh pengguna kami. Di samping itu, kami membangunkan pilihan baharu untuk dinikmati dalam pelbagai situasi dan perayaan yang mencerminkan gaya hidup dan pilihan pengguna yang sentiasa berubah.

Semua inovasi baharu produk dipandu dan dimaklumkan oleh Kriteria Pemakanan Ferrero (FNC) kami.

KRITERIA PEMAKANAN FERRERO (FNC)

Kriteria Pemakanan Ferrero (FNC) ialah piawaian khusus kategori kami yang berasaskan sains untuk menilai portfolio produk kami dan membimbing inovasi selaras dengan keperluan pengguna dan sains pemakanan yang sentiasa berubah, tanpa menjejaskan rasa atau jangkaan pengguna.

Piawaian ini adalah berdasarkan cadangan yang dikeluarkan oleh agensi antarabangsa dan badan pakar lain, keupayaan teknologi, komposisi pemakanan dan prestasi rasa, serta kandungan tenaga dan nutrien yang dihadkan atau digalakkan.

FNC meletakkan produk kami ke dalam kelas yang ditetapkan dengan mengambil kira jenis produk, komposisi nutrien dan ramuannya serta mempertimbangkan cara ia dimakan dan peranannya dalam diet keseluruhan.

FNC telah diterbitkan buat kali pertama dalam jurnal semakan rakan sebaya pada Julai 2025, menandakan langkah penting dalam menyampaikan pendekatan kami secara telus.

GAYA HIDUP AKTIF

Kami menyokong gaya hidup aktif melalui inisiatif yang memupuk kegembiraan bergerak dalam kalangan kanak-kanak.

MENGGALAKKAN KEHIDUPAN YANG AKTIF DAN SIHAT

Kinder Joy of Moving ialah projek Tanggungjawab Sosial Kumpulan Ferrero yang menggalakkan kecenderungan semula jadi kanak-kanak untuk aktif, bergerak dan bermain, berlandaskan kepercayaan bahawa sikap positif terhadap pergerakan dapat membantu membentuk kanak-kanak hari ini menjadi orang dewasa yang lebih baik pada masa hadapan.

Projek ini diinspirasikan oleh Joy of Moving, iaitu kaedah pendidikan yang disahkan secara saintifik yang menggunakan aktiviti bermain dan pergerakan untuk membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran asas agar mereka membesar secara aktif dan gembira.

Kinder Joy of Moving menganjurkan dan menyokong program pendidikan jasmani di dalam dan di luar sekolah, serta acara sukan dan pertandingan sekolah untuk kanak-kanak. Program ini juga menganjurkan aktiviti merentas pelbagai disiplin sukan bagi mendekatkan kanak-kanak kepada dunia sukan, bekerjasama dengan ahli sukan dan bekas juara sukan untuk memberi inspirasi kepada golongan muda, serta menyokong projek penyelidikan yang memberi tumpuan kepada manfaat gaya hidup aktif.

Ketahui lebih lanjut tentang Kinder Joy of moving.

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.