LAPORAN KELESTARIAN KE-15 FERRERO GROUP TUNJUKKAN KEMAJUAN YANG KUKUH DALAM MEMACU SASARAN SYARIKAT
Ferrero Group mengumumkan pencapaian terkini dalam perjalanan kelestarian melalui Laporan Kemampanan ke-15 bagi tahun 2022/2023.
Dipandu oleh komitmen jangka panjang untuk membawa impak positif sepanjang rantaian nilainya, laporan ini menampilkan pencapaian yang memberangsangkan dalam empat fokus utama Ferrero: Perlindungan Alam Sekitar, Pemilihan Sumber Secara Bertanggungjawab, Penggunaan Bijak, serta Pemberdayaan Individu dan Komuniti.
“Ferrero menyedari peranannya yang penting dalam memastikan kelangsungan alam sekitar demi generasi akan datang. Pendekatan ini jelas dilihat dalam strategi jangka panjang kami yang disokong oleh pelbagai inisiatif konkrit. Keempat-empat tonggak utama ini menjadi panduan dalam setiap keputusan strategik syarikat,” kata Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group.
“Ketika Ferrero terus berkembang dan mempelbagaikan portfolio produknya, kami tetap memberi keutamaan kepada hubungan jangka panjang — khususnya dengan komuniti di kawasan operasi kami dan sumber bahan mentah. Kami percaya bahawa kerjasama erat adalah kunci dalam meraih kemajuan bersama, memacu agenda sosial dan alam sekitar industri, serta mencipta nilai yang mampan untuk masyarakat.”
Laporan ini turut melihat komitmen Ferrero dalam memperkukuhkan ketelusan dalam rantaian bekalan ramuan utamanya. Dalam usaha menjejak bekalan hazelnut, Ferrero kini berjaya mencapai tahap kebolehkesanan sebanyak 90% — satu peningkatan besar berbanding 79% pada tahun sebelumnya. Ini hasil kerjasama berterusan bersama pekebun, pembekal, institusi akademik dan penyelidikan dalam memperkenalkan amalan pertanian lestari.
Ferrero juga proaktif dalam menangani cabaran kompleks dalam rantaian bekalan, seperti isu penebangan hutan. Antaranya, penggunaan teknologi pemetaan satelit membolehkan kadar jejak balik koko ke ladang mencapai 93% pada tahun 2022/23. Selain penggunaan teknologi, Ferrero juga merupakan ahli World Cocoa Foundation (WCF) dan International Cocoa Initiative (ICI).
Usaha bersepadu turut mempercepat langkah menangani isu buruh kanak-kanak dan buruh paksa. Ferrero meneruskan kerjasama dengan Save the Children, merangkumi 65 komuniti di wilayah Haut-Sassandra, Côte d’Ivoire — salah satu negara pembekal utama koko — yang memberi manfaat kepada lebih 18,000 individu. Di samping itu, Ferrero juga bekerjasama dengan Earthworm Foundation dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi memperkukuh amalan kerja yang bertanggungjawab dalam rantaian minyak sawit dan hazelnut.
Antara sorotan penting daripada laporan ini:
- 90.7% pembungkusan Ferrero kini direka untuk boleh dikitar semula, digunakan semula, atau dikompos — meningkat daripada 88.5% pada tahun sebelumnya
- 20% pengurangan dalam penggunaan air di kilang Ferrero sejak tahun asas 2017/18 (penurunan 9.6% berbanding 2021/22)
- Projek Kinder Joy of Moving menyaksikan penyertaan lebih 60 juta kanak-kanak sejak ia dilancarkan pada 2005 (3.4 juta kanak-kanak dicapai pada tahun 2022/23 sahaja)
Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini.