Skip to main content
Mon, 07/31/2023
09:00
2 min read

FERRERO UMUMKAN LAPORAN KEMAJUAN TERKINI BAGI PIAGAM KOKO DAN SENARAI PEMBEKAL

Ferrero umumkan laporan kemajuan

Ferrero hari ini telah mengeluarkan Laporan Kemajuan Piagam Koko tahunannya, yang menunjukkan kemajuan besar dalam usaha syarikat untuk mendapatkan koko secara bertanggungjawab.

Piagam ini berpaksikan empat teras utama: peningkatan taraf hidup pekebun, pematuhan hak asasi dan amalan sosial, perlindungan alam sekitar, serta ketelusan dalam rantaian pembekalan.

Antara pencapaian utama Ferrero dalam musim penanaman 2021/2022 ialah memberikan bimbingan peribadi kepada 64,000 pekebun dalam aspek perancangan pertanian dan pengurusan perniagaan. Lebih 40,000 daripada mereka turut menerima pelan pembangunan ladang jangka panjang yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing.

Laporan ini turut menunjukkan tahap ketelusan yang tinggi dalam pemantauan koko – dari ladang hinggalah ke tempat pembelian. Ferrero telah memetakan lebih 182,000 pekebun menggunakan teknologi geo-lokasi dan menjalankan penilaian risiko pembalakan ke atas 470,000 hektar tanah pertanian – langkah yang penting untuk memastikan koko tidak diperoleh daripada kawasan perlindungan alam semula jadi.

Marco Gonçalves, Ketua Pegawai Perolehan dan Syarikat Hazelnut Ferrero berkata: “Matlamat kami adalah untuk menjadi ejen perubahan positif dalam sektor koko. Kami ingin memastikan pengeluaran koko membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Kami amat berbangga dengan hasil yang telah dicapai setakat ini dan akan terus mengetuai amalan terbaik dalam pemerolehan bertanggungjawab.”

Seiring dengan laporan ini, Ferrero turut berkongsi senarai tahunan kumpulan pekebun dan pembekal koko, sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap ketelusan dalam keseluruhan rantaian bekalan.

Syarikat menetapkan matlamat untuk mendapatkan semua bekalan koko daripada kumpulan pekebun yang khusus – yang rantaian pembekalannya boleh dijejak sepenuhnya hingga ke peringkat ladang.

Dalam musim tanaman 2021/2022, sekitar 70% koko yang diperoleh oleh Ferrero adalah dalam bentuk biji koko yang diproses di kilang sendiri dan digunakan dalam produk seperti Nutella. Kesemua biji koko ini dibeli secara fizikal yang boleh dikesan sepenuhnya (dikenali sebagai ‘segregated’) – bermaksud Ferrero tahu dengan jelas dari mana ladang koko tersebut berasal hingga ia tiba ke kilang.

Ferrero turut mengekalkan hubungan jangka panjang dengan kumpulan pekebun melalui pembekal langsung mereka. Kini, lebih 85% daripada jumlah koko syarikat diperoleh daripada kumpulan pekebun terpilih yang disokong menerusi inisiatif Piagam Koko. Daripada jumlah ini, 80% telah menjadi sebahagian daripada rangkaian Ferrero selama tiga tahun atau lebih, manakala 15% melebihi enam tahun.

Usaha untuk memperluaskan inisiatif kelestarian koko ini akan diteruskan – bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekebun serta komuniti mereka, tetapi juga demi melindungi hak asasi kanak-kanak dan menjaga alam sekitar.

Maklumat lanjut tentang inisiatif ini boleh didapati melalui Piagam Koko Ferrero, Pelan Tindakan Koko, serta Laporan Kelestarian Kumpulan Ferrero

Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini

placeholder

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.