FERRERO UMUM PENCAPAIAN PENTING DAN RANCANGAN MASA DEPAN MELALUI LAPORAN TAHUNAN TERKINI INISIATIF KOKO DAN HUTAN (CFI)
Ferrero telah mengeluarkan Laporan Tahunan CFI yang keempat, mengetengahkan pencapaian mereka empat tahun dahulu serta perancangan jangka panjang syarikat untuk memastikan pengeluaran koko lebih mampan dan hutan terus terpelihara.
Dengan matlamat memerangi penebangan hutan, menggalakkan penanaman semula dan menjamin masa depan komuniti pekebun koko, Ferrero telah menilai risiko penyahhutanan di kawasan seluas 420,000 hektar. Dalam tempoh empat tahun ini, lebih tiga juta pokok telah diagihkan untuk penanaman di ladang, termasuk 775,000 pokok asli yang ditanam di Ivory Coast sebahagian daripada usaha syarikat tersebut dalam pemulihan hutan. Inisiatif ini bukan sahaja membawa manfaat kepada alam sekitar dan iklim, malah memperkukuh hasil koko dan memulihkan kawasan hutan yang terjejas.
“Kami sedar koko merupakan punca rezeki dan nadi kehidupan bagi komuniti ramai. Namun pada masa yang sama, kami juga akui bahawa perubahan iklim dan penebangan hutan menjadi ancaman besar kepada kelangsungan hidup mereka,” kata Marco Gonçalves, Ketua Pegawai Pemerolehan & Hazelnut di Ferrero. “Memastikan pendapatan yang mampan adalah langkah penting untuk melindungi alam semula jadi, memperkukuh ekonomi komuniti dan menjaga kesihatan bumi kita.”
Inisiatif CFI merupakan kerjasama antara 36 syarikat utama dalam industri koko dan coklat – yang secara kolektif merangkumi 85% penggunaan koko global – bersama kerajaan Côte d’Ivoire dan Ghana. Sebagai anggota pengasas, Ferrero telah menjalankan pelbagai usaha untuk memperkukuh kemampanan sosial dan alam sekitar sepanjang rantaian bekalan koko syarikat.
Menjelang rancangan awal empat tahunnya, Ferrero kini melancarkan CFI 2.0 – fasa baharu yang dibina berdasarkan kejayaan dan pengajaran terdahulu. Kerjasama erat bersama rakan industri akan terus menjadi fokus utama bagi memastikan kemajuan yang telah dicapai setakat ini terus dikembangkan dan dikekalkan.
Di bawah Pelan Tindakan CFI 2018–2022, antara pencapaian utama Ferrero dalam tiga teras utama ialah:
Teras 1: Perlindungan & Pemulihan Hutan
- 153,000 pekebun telah dipetakan melalui sistem polygon mapping
- 421,000 hektar tanah telah dinilai untuk risiko penebangan hutan
- 5.4 juta pokok bukan koko diagihkan untuk penanaman di dalam dan luar ladang
- 77,000 pekebun dilatih dalam amalan agroforestri
- 10,000 pekebun terlibat dalam inisiatif Pembayaran untuk Perkhidmatan Ekosistem (PES)
- 68,000 pekebun mengikuti latihan Climate Smart Cocoa
Teras 2: Pengeluaran Mampan & Kesejahteraan Pekebun
- 36,000 pekebun dibantu melalui Pelan Pembangunan Ladang
- 26,000 individu terlibat dalam aktiviti penjanaan pendapatan tambahan
- 5.2 juta anak benih koko berkualiti diagihkan
- 1,505 kumpulan komuniti ditubuhkan di bawah skim simpanan dan pinjaman desa
- 9,800 orang didaftarkan dalam produk dan perkhidmatan kewangan
Teras 3: Penglibatan Komuniti & Inklusiviti Sosial
- Program pemulihan dan perlindungan hutan dilaksanakan di 161 komuniti
- 53,000 hektar tanah diuruskan melalui pengurusan sumber asli berasaskan komuniti (CBNRM)
- 4,700 belia disertakan dalam program perkhidmatan komuniti
- 7,900 dapur memasak mesra alam diedarkan kepada keluarga di pelbagai kawasan
Melangkah ke hadapan dengan CFI 2.0, Ferrero komited untuk memperkukuh sistem ketelusan peringkat kebangsaan dengan bekerjasama bersama pihak kerajaan serta pihak industri konfeksi secara menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Laporan Tahunan CFI dan Pelan Tindakan Ferrero melalui pautan di bawah.
Baca laporan lengkap usaha kelestarian Ferrero di sini.