Skip to main content

FERRERO GROUP

Ferrero memulakan perjalanannya di sebuah bandar kecil bernama, Alba di Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Kinii, Ferrero merupakan salah satu syarikat makanan manisan berbungkus terbesar di dunia, dengan lebih daripada 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada masyarakat di seluruh dunia melalui pelbagai snek dan hidangan yang digemari ramai, termasuk Nutella®, Kinder®, Tic Tac® dan Ferrero Rocher®. Lebih daripada 47,000 pekerja berdedikasi dalam membantu orang ramai meraikan detik-detik istimewa dalam kehidupan. Budaya kekeluargaan Kumpulan Ferrero, yang kini merupakan generasi ketiganya, berasaskan kepada komitmen terhadap kualiti dan kecemerlangan, warisan, serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.

PasticceriaMainVisualMob
PasticceriaMainVisual

Kisah sebuah Keluarga

Dari sebuah pembuat manisan kecil di Alba, Itali, kepada sebuah syarikat multinasional, kami berbangga menjadi milik keluarga, dengan lebih tiga generasi semangat dan kepakaran di sebalik portfolio jenama ikonik kami yang digemari oleh masyarakat di seluruh dunia.

PEOPLE & PLANET
Peopl&Planet

Manusia & Alam

Komitmen untuk menjaga alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi adalah inti kepada budaya kekeluargaan Ferrero.

Brands Mob
Brands

Jenama Kami

Kami menghasilkan produk kami dengan penuh perhatian dan semangat untuk mencipta detik-detik kegembiraan yang unik, yang menyatukan insan dari generasi ke generasi.

Careers
Careers

Kerjaya

Dikasihi oleh generasi, dihasilkan oleh anda.

FERRERO DI SELURUH DUNIA

Kumpulan Ferrero mempunyai pejabat dan kilang pengeluaran di lebih 50 negara. Seramai 35 jenama ikoniknya dijual di lebih daripada 170 negara.